• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9,002 Kes Baharu Covid-19 Semalam

oleh AK-47
13/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 9,002 kes baharu Covid-19 semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes wabak itu di negara ini meningkat kepada 4,342,559 kes.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes harian itu sebanyak 8,950 kes penularan tempatan manakala 52 kes import.

“Selain itu, terdapat 151 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) yang mana 69 kes disahkan Covid-19 manakala 82 kes disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan.

“Kes yang memerlukan bantuan pernafasan pula sebanyak 97 kes iaitu 44 kes disahkan Covid-19 dan 53 kes disyaki, kemungkinan serta dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kebanyakan kes yang dilaporkan semalam adalah pesakit kategori satu iaitu 4,759 kes manakala 4,176 kes kategori dua, kategori tiga (26 kes), kategori empat (20 kes) dan kategori lima (21 kes).

“Berdasarkan pecahan kes kategori tiga hingga lima itu, sembilan kes tidak divaksinasi atau belum lengkap vaksinasi, 22 kes menerima dua dos vaksin dan 36 kes sudah menerima dos penggalak.

“Pesakit dalam kategori berkenaan juga adalah kalangan berusia 60 tahun ke atas membabitkan 40 kes dan mempunyai komorbid pula 41 kes,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, KKM merekodkan 16,986 kes pulih Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih meningkat kepada 4,180,763 kes iaitu 96.3 peratus daripada keseluruhan kes.

Katanya, tiga kluster baharu dikesan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kluster meningkat kepada 6,955 dengan 117 kluster aktif.

-Harian Metro

Tags: Covid-19kes harian covid-19kes positif COVID-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd