• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korea Utara Letupkan Resort Korea Selatan

oleh Mohd Arshad
13/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PYONGYANG – Pyongyang meletupkan bahan letupan untuk memusnahkan sebuah resort golf di Gunung Kumgang yang sebelum ini menjadi simbol keamanan antara Korea Utara dan Korea Selatan, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Gambar-gambar satelit menunjukkan resort pelancongan dinamakan Hotel Haegumgang bernilai AS$75 juta (RM317 juta) itu dimusnahkan pada hujung minggu lalu.

“Tindakan secara unilateral untuk memusnahkan hotel itu jelas bertentangan dengan matlamat usaha sama antara dua Korea berdasarkan rasa hormat dan dialog,” kata jurucakap Kementerian Penyatuan Korea Selatan, Cha Deok-cheol.

Resort yang dibina di kawasan Pergunungan Berlian pada ketinggian 1,637 meter itu terletak hampir 50 kilometer dari sempadan Korea Selatan. Pembinaannya merupakan sebahagian daripada inisiatif persahabatan dengan Korea Utara yang dinamakan Dasar Sinar Matahari pada tahun 1998.

Bekas Presiden Korea Selatan, Kim Dae-jung melaksanakan dasar itu untuk ‘melembutkan’ pendirian Korea Utara terhadap negaranya menerusi bantuan ekonomi kepada Pyongyang di samping menggalakkan interaksi dua hala.

Sejak dari itu, berpuluh-puluh ribu pelancong Korea Selatan berkunjung ke kawasan pergunungan tersebut. Mereka digalakkan untuk menggunakan mata wang asing, namun dilarang daripada berkomunikasi dengan penduduk Korea Utara.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un bagaimanapun dalam lawatannya ke resort berkenaan pada Oktober 2019 mengarahkan Hotel Haegumgang dimusnahkan dan diganti kerana dianggap amat mundur.

“Jong-un mengarahkan semua struktur dan fasiliti tidak cantik yang dibina oleh Korea Selatan dimusnahkan serta diganti dengan kemudahan baharu lebih moden mengikut acuan Korea Utara,” demikian menurut laporan agensi berita tempatan, KCNA.

Jong-un juga dilaporkan berkata bahawa ia merupakan idea yang salah untuk menganggap Gunung Kumgang sebagai simbol hubungan antara kedua-dua negara.

-Kosmo Online

Tags: KoreaKorea SelatanKorea UtaraLetupkanresort
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sistem Pertahanan Peluru Berpandu THAAD Korea Selatan Dilapor Dipindahkan Ke Israel

Sistem Pertahanan Peluru Berpandu THAAD Korea Selatan Dilapor Dipindahkan Ke Israel

12/03/2026
0

Langkah Terdesak? SEOUL – Media Korea Selatan dilapor menyiarkan rakaman yang menunjukkan sistem pertahanan peluru berpandu THAAD (Terminal High Altitude...

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

15/12/2025
0

SEOUL: Ketua penganjur peperiksaan kemasukan ke universiti yang terkenal dengan tahap kesukarannya di Korea Selatan, meletak jawatan selepas menerima aduan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd