• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shamsul Iskandar Calon Ke-18 Tanding Naib Presiden PKR

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin melengkapkan persaingan merebut jawatan Naib Presiden parti, selepas menghantar pencalonan bagi pemilihan jawatan itu, lewat malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketika dihubungi BH, Shamsul Iskandar yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya mengesahkan penyertaannya, menjadikan 18 calon akan bersaing bagi merebut empat jawatan Naib Presiden itu.

“Ya, saya menghantar pencalonan malam tadi,” katanya.

Shamsul Iskandar memaklumkan, beliau menghantar pencalonan secara atas talian pada jam 11.46 malam tadi, 13 minit sebelum pencalonan bagi jawatan tertinggi parti ditutup pada jam 11.59 malam.

Selain Shamsul Iskandar, 17 lagi calon yang akan bertanding bagi jawatan Naib Presiden ialah Menteri Besar Selangor yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Turut menawarkan diri adalah Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang; Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil; Ahli Parlimen Kuantan dan Ketua Wanita PKR, Fuziah Salleh serta Ahli Parlimen Setiawangsa dan Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Selain itu, bekas Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak; bekas Timbalan Pengerusi PKR Perak, MA Tinagaran; Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid; Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai; bekas Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan dan ADUN Sentosa, Dr G Gunaraj.

Lima lagi calon ialah Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail; bekas Naib Presiden, Mustaffa Kamil Ayub; bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), S Thiban; ADUN Chuah, Datuk Michael Yek Diew Ching serta ADUN Bukit Selambau, Dr R. Summugam.

Pengundian bagi jawatan utama PKR akan diadakan secara hibrid, iaitu melalui kaedah fizikal bermula 13 hingga 17 Mei ini dan dalam talian menggunakan aplikasi atau laman sesawang ADIL pada 18 hingga 20 Mei ini.

-Berita Harian

Tags: bertandingCalonNaib Presiden PKRPKRShamsul Iskandar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunggang Motosikal Santuni Penduduk Jadi Trend Calon PRN Melaka

Tunggang Motosikal Santuni Penduduk Jadi Trend Calon PRN Melaka

04/11/2026
0

MELAKA - Aktiviti meronda kampung dan menyantuni penduduk dengan menunggang motosikal dilihat menjadi antara pendekatan kempen calon yang bertanding pada...

‘Badai Menguji Layar, Bukan Menghentikan Pelayaran’ – Dira Abu Zahar

‘Badai Menguji Layar, Bukan Menghentikan Pelayaran’ – Dira Abu Zahar

03/11/2026
0

MELAKA - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd