• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Marah Pegawai Polis, Enggan Serah MyKad

oleh AK-47
09/04/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan biadab dua pengunjung pub di Jalan Dutamas di sini memarahi pegawai polis dan cuba melarikan diri ketika pemeriksaan pada Jumaat mengundang padah apabila mereka ditahan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur kira-kira jam 11.50 malam itu mendapati premis terbabit tidak memiliki lesen.

Menurutnya, ketika pemeriksaan terhadap pengunjung pub terbabit, dua lelaki berusia 27 dan 35 tahun tidak mahu bekerjasama apabila enggan memberikan MyKad untuk proses dokumentasi.

“Dua lelaki ini juga bertindak memarahi pegawai operasi sebelum cuba melarikan diri namun tindakan mereka gagal dan berjaya ditahan,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Menurut beliau, selain itu polis turut menahan seorang lelaki tempatan iaitu pengurus premis berusia 35 tahun untuk siasatan lanjut.

Sementara itu katanya, D7 Kuala Lumpur turut menyerbu sebuah lagi pub tidak berlesen di Jalan Dutamas kira-kira jam 11.15 malam dan menahan lima individu termasuk empat pekerja asing berusia 23 hingga 40 tahun.

“Siasatan mendapati seorang lelaki tempatan ialah penjaga premis dan empat warga asing termasuk dua wanita merupakan pekerja,” katanya.

Tambah beliau, polis telah merampas peralatan audio, resit perniagaan dan minuman keras pelbagai jenama.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan (AHWP) 1992, Akta Imigrsen 1959/63 dan Seksyen 76 Akta Eksais 1976,” ujarnya.

-Sinar Harian

Tags: marahMyKadpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

JPN: Penjara Tiga Tahun Jika Guna Mykad Orang Lain Beli Petrol

JPN: Penjara Tiga Tahun Jika Guna Mykad Orang Lain Beli Petrol

06/04/2026
0

JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menggunakan MyKad orang lain - termasuk milik ahli keluarga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd