• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insiden MH 2664: Penumpang Mohon Siasatan Telus

oleh Mohd Arshad
09/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU : Tiga penumpang yang menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH2664, yang terbabit dalam insiden cemas pada Ahad lalu, meminta Malaysia Airlines Berhad serta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menjalankan siasatan telus berhubung kejadian itu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Abdul Rahim Awang Nong, 48; Halimah Nasoha, 39, dan Chui Ka Wai, 48, masing-masing tampil membuat laporan polis semalam, turut mendesak laporan terperinci siasatan didedahkan kepada umum.

Mereka tidak bersetuju dengan kenyataan Malaysia Airlines disiarkan Selasa lalu, menyatakan penerbangan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Tawau itu berpatah balik ke KLIA disebabkan isu teknikal dan keadaan cuaca yang buruk.

Abdul Rahim mendakwa, cuaca pada ketika itu baik dan juruterbang juga memadamkan lampu isyarat tali pinggang keselamatan, manakala pramugari sedang menghidangkan makanan sebelum tiba-tiba pesawat hilang kawalan.

“Saya yakin kedudukan pesawat menjunam, ketika itu saya hanya ingat mati dengan penumpang lain menjerit dan menangis ketakutan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Halimah pula mendakwa, beliau melambung dari tempat duduknya ketika insiden cemas itu dan sehingga kini masih berasa trauma dengan kejadian kira-kira 10 minit itu.

“Cuaca sangat baik ketika itu dan saya ada ambil gambar beberapa minit sebelum kejadian, langit biru, tiada hujan, cerah panas. Seharusnya siasatan terperinci perlu dilakukan dengan segera ke atas rakaman kotak hitam kerana ia membabitkan keselamatan awam,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ka Wai berkata, berikutan insiden itu, beliau mengalami masalah tidur kerana masih terbayang dengan situasi berkenaan.

“Sehingga kini dada saya masih sakit. Pada ketika itu, saya lepas minum dan mahu melelapkan mata sebelum tiba-tiba pesawat jatuh, saya melambung, ingat waktu itu mati. Sewaktu selamat mendarat dan keluar pesawat pula, saya perhati semua penumpang dalam keadaan muka pucat,” katanya lagi.

Menurutnya, laporan polis itu dibuat bukan untuk menuntut ganti rugi daripada Malaysia Airlines, tetapi mendesak agar mengeluarkan kenyataan betul kerana keadaan cuaca pada ketika itu adalah baik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, mengesahkan pihaknya menerima laporan itu dan sedang menjalankan siasatan.

-Berita Harian

Tags: Insiden MH 2664penumpangsiasatanSiasatan Telus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelatih Guru IPGM Terlibat Buli Akan Dibuang, Bakal Pendidik Perlu Tunjuk Akhlak Yang Baik

Pelatih Guru IPGM Terlibat Buli Akan Dibuang, Bakal Pendidik Perlu Tunjuk Akhlak Yang Baik

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) memandang serius kejadian buli di sebuah kampus IPGM seperti yang dilaporkan media...

James Chai Pulang Beri Keterangan Kepada SPRM, Rafizi Dakwa Giliran Beliau Ditahan Dan Didakwa

James Chai Pulang Beri Keterangan Kepada SPRM, Rafizi Dakwa Giliran Beliau Ditahan Dan Didakwa

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu kepada Datuk Seri Rafizi Ramli, Chai Jin Shern (James Chai) akhirnya hadir di ibu pejabat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd