• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Beri Sokongan Penuh Pindaan Perlembagaan

oleh Mohd Arshad
09/04/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : PAS akan memberikan sokongan penuh kepada Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 yang akan dibentangkan dalam Sidang Khas Parlimen pada Isnin ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dalam satu kenyataan hari ini berkata pembentangan RUU berkenaan bertujuan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 10(3) yang berkaitan dengan Perkara 10(1)(c), iaitu mengenai kebebasan berpersatuan.

“Berdasarkan kes Dewan Undangan Negeri Kelantan -lawan (vs)- Nordin Salleh & Anor, yang diputuskan oleh Mahkamah Agung Malaysia pada 3 April 1992, sesuatu peruntukan undang-undang ataupun Perlembagaan Negeri berkaitan sekatan lompat parti akan dianggap bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan selagi Perkara 10 tidak dipinda bagi membolehkan suatu Akta Lompat Parti digubal dan diluluskan oleh Parlimen.

“Maka atas dasar inilah, Jemaah Menteri yang bersidang pada 6 April 2022 memutuskan Sidang Khas Parlimen pada 11 April 2022 perlu bersidang untuk meminda Perkara 10 bagi membolehkan suatu akta berkaitan lompat parti dibentangkan dan diluluskan oleh Parlimen dalam suatu sidang yang lain,” katanya.

Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkata Jemaah Menteri secara sebulat suara bersetuju bahawa perkara-perkara berkaitan dengan lompat parti dan implikasinya dari segi undang-undang perlu dimasukkan secara lengkap dan terperinci dalam suatu Akta Parlimen yang khusus.

“Akta Parlimen tersebut perlu merangkumi definisi-definisi yang tepat, misalan-misalan yang terang dan penjelasan yang konkrit bagi mengelakkan kekeliruan, penyalahgunaan kuasa dan kemungkinan berat sebelah yang turut menyebabkan pihak-pihak yang terkesan mencabarnya di mahkamah,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti tidak akan dibentang pada Sidang Khas Dewan Rakyat Isnin ini.

Bagaimanapun, Wan Junaidi dalam kenyataan bersama Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Khamis lepas berkata sidang khas itu diteruskan untuk membentang dan membahaskan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022.

RUU Perlembagaan (Pindaan) berhubung antilompat parti akan dibentang, dibahas dan diluluskan, pada satu lagi sidang khas Parlimen yang akan ditentukan kelak.

-Berita Harian

Tags: PASpindaan perlembagaanSokongan Penuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd