• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

EU Akan Lumpuh Tanpa Gas Rusia

oleh Mohd Arshad
06/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUXEMBOURG – Menteri Kewangan Jerman, Christian Lindner menyatakan bahawa Kesa­tuan Eropah (EU) tidak dapat berfungsi dengan baik tanpa bekalan gas Rusia, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Kenyataan itu dibuat selepas EU dilaporkan bersiap sedia untuk melaksanakan sekatan sete­rusnya ke atas Moscow susulan sidang tergempar blok berkenaan di Bucharest, Romania.

Menurut Lindner, persoalan yang dibangkitkan adalah sama ada sekatan terbaharu akan memberi impak terhadap ­eksport gas, minyak dan arang batu Rusia.

“Buat masa ini, adalah mustahil untuk kita menghentikan pe­nerimaan bekalan gas dari Rusia.

“Kita perlukan sedikit masa agar dapat membezakan antara minyak, arang batu dan gas,” katanya ketika tiba untuk menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan EU di Luxembourg.

Tambah Lindner, sekatan ke atas import minyak dan arang batu Rusia akan lebih merugikan negara-negara Eropah berban­ding Moscow.

Jerman contohnya, amat bergantung kepada gas Rusia dan Lindner menekankan bahawa negara itu merancang untuk mengurangkan kebergantungan tersebut pada masa hadapan.

Menurut laman berita Georgia On Line, Jerman mengimport 55 peratus bekalan gas aslinya dari Rusia di samping 35 peratus ­minyak mentah dan 45 peratus arang batu dari negara bekas Kesatuan Soviet itu.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai sama ada gelombang sekatan yang sedang digariskan oleh Brussels akan merangkumi had ke atas import minyak Rusia, Naib Presiden Ekonomi bagi Suruhanjaya Eropah, Valdis Dombrovskis berkata, tiada sebarang perancangan mengenai perkara itu setakat ini.

-Kosmo Online

Tags: EUgasKrisis Rusia-UkrainelumpuhRusia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

Polis Rampas Dadah RM1.04 Bilion, Lumpuhkan Sindiket Dadah Antarabangsa

Polis Rampas Dadah RM1.04 Bilion, Lumpuhkan Sindiket Dadah Antarabangsa

26/12/2025
0

KAJANG: Polis berjaya melumpuhkan sindiket dadah antarabangsa yang didalangi warga Asia Timur dengan merampas dadah seberat 6.2 tan, dianggarkan bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd