• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Temui Subjenis Baharu COVID-19 Varian Omicron

oleh Mohd Arshad
03/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING: China hari ini merekodkan 13,146 kes jangkitan COVID-19, angka tertinggi sejak gelombang pertama melanda lebih dua tahun lalu, dengan varian Omicron kini tersebar di lebih 12 wilayah.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menurut kenyataan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, seramai 1,455 pesakit bergejala, 11,691 kes tidak bergejala dan tiada kematian dilaporkan.

Dalam pada itu, media tempatan, yang memetik data pihak berkuasa kesihatan tempatan, melaporkan kes jangkitan membabitkan subjenis baharu varian Omicron turut dikesan.

Global Times melaporkan virus baharu itu diasingkan daripada pesakit COVID-19 bergejala ringan, yang berubah daripada varian Omicron BA.1.1, di sebuah bandar kira-kira 70 kilometer (km) dari Shanghai.

Laporan itu menyatakan subjenis terbabit tidak sepadan dengan varian yang menyebabkan penularan COVID-19 di China atau yang dikemukakan kepada Inisiatif Global mengenai Perkongsian Semua Data Influenza (GISAID).

Shanghai kini menjadi pusat wabak COVID-19 paling terkesan, dengan hampir semua 25 juta penduduknya menjalani perintah berkurung ketika pihak berkuasa berusaha membendung penularan jangkitan itu.

Bandar raya itu merekodkan lebih 8,200 kes tempatan, hampir 70 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Walaupun secara relatifnya masih rendah berdasarkan standard global, ia masih dianggap teruk kepada negara yang hanya merekodkan dua angka kes harian sejak dua tahun lalu.

Sekatan yang dilaksanakan turut mengancam rantaian bekalan apabila gergasi perkapalan, Maersk, menyatakan bahawa beberapa depoh di bandar raya itu kekal ditutup, sekali gus menjejaskan perkhidmatan pengangkutan.

Perintah berkurung yang dilaksanakan turut menimbulkan kemarahan penduduk Shanghai apabila perintah yang sepatutnya berlangsung selama empat hari bagi melakukan ujian saringan besar-besaran dilihat berlarutan lebih lama.

Sementara itu, Naib Perdana Menteri, Sun Chunlan, tiba di Shanghai bagi memantau usaha pencegahan dan mengarahkan pihak berkuasa segera membendung penularan wabak berkenaan.

Sun, yang sebelum itu melawat Jilin untuk mengawasi perintah berkurung di wilayah Timur Laut itu, mengarahkan pihak berkuasa supaya tegas melaksanakan usaha menghentikan penularan wabak.

BHonline-

Tags: ChinaCovid-19varian omicron
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd