• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abdul Hadi Pula Dijangka Bertemu Tun Mahathir

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dijangka bertemu Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Perkara itu dinyatakan Abdul Hadi ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah dhuha mingguan di Masjid Rusila, di sini pada Jumaat.

“Pertemuan (dengan Tun Mahathir) akan diaturkan,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, Pas turut dimaklumkan berhubungpertemuan antara Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Tun Mahathir.

“Ya (Pas) dimaklumkan (berhubung pertemuan antara Muhyiddin dan Tun Mahathir). Ya, dengan sesiapa sahaja kita sedia bekerjasama. Akan diaturkan (pertemuan bersama Tun Mahathir) Insya-ALLAH.

“Kita sedia bertemu dengan semua untuk menyatukan ummah,” katanya.

Sementara itu, Abdul Hadi turut mengulangi pendirian Pas berhubung jalinan kerjasama menerusi gagasan Muafakat Nasional (MN).

“Kita berhubung dengan semua pihak dan kita terbuka dalam usaha menyatupadukan orang Islam dan masyarakat majmuk.

“MN tak terhad dua parti sahaja dan perlulah mereka yang menerima dasar perpaduan ummah yang dibawa Pas,” ujarnya.

Pada Rabu, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memberitahu Muhyiddin bertemu Tun Mahathir dua minggu lalu berhubung gabungan parti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

-Sinar Harian

Tags: Abdul HadiTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak boleh memberikan syurga kepada sesiapa...

Umat Islam Perlu Elak Perpecahan, Manfaatkan Pilihan Raya Guna Hak Demokrasi – Abdul Hadi

Umat Islam Perlu Elak Perpecahan, Manfaatkan Pilihan Raya Guna Hak Demokrasi – Abdul Hadi

24/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam supaya mengelakkan perpecahan dan mengutamakan penyatuan, selain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd