• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korea Selatan Sudah Lepasi Kemuncak Omicron – Presiden Moon Jae-in

oleh AK-47
28/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL: Presiden Korea Selatan Moon Jae-in hari ini berkata, negara itu telah melepasi kemuncak gelombang terburuk COVID-19, disebabkan varian Omicron yang sangat mudah berjangkit.

Bagaimanapun, beliau meminta usaha dipertingkat untuk memastikan bilangan pesakit yang kritikal dan kematian terkawal, menurut agensi berita Yonhap.

“Baru-baru ini, Omicron sudah mencapai kemuncaknya dan penyebaran virus itu semakin perlahan,” kata Jae-in dalam pertemuan beliau dengan pembantu kanannya.

Namun, Jae-in berkata, Korea Selatan masih belum terlepas daripada ancaman gelombang Omicron.

Beliau memberi amaran jumlah pesakit yang sakit teruk atau kritikal serta kematian dijangka meningkat.

Presiden Korea Selatan itu menggesa pemerintah agar melakukan segala yang termampu untuk menstabilkan tindak balas perubatan dengan tumpuan ke arah mengurangkan bilangan pesakit yang sakit teruk atau kritikal serta kematian, tambah Yonhap.

Beliau juga menggesa orang ramai supaya mendapatkan suntikan penggalak sambil menekankan bahawa tiga pusingan vaksin telah mengurangkan bahaya daripada COVID-19.

Kes baru COVID-19 di negara itu hari ini turun di bawah 200,000 buat pertama kali dalam 25 hari, dengan pihak berkuasa kesihatan menyatakan bahawa gelombang Omicron mencapai kemuncaknya sekitar minggu lalu.

Kira-kira 64 peratus penduduk negara itu sudah menerima suntikan penggalak, 44.47 juta atau 86.7 peratus penduduk pula sudah lengkap divaksin, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC).

Bernama-

Tags: Covid-19Korea Selatanvarian omicron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

15/12/2025
0

SEOUL: Ketua penganjur peperiksaan kemasukan ke universiti yang terkenal dengan tahap kesukarannya di Korea Selatan, meletak jawatan selepas menerima aduan...

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

04/08/2025
0

SEOUL - Lebih 2,500 penduduk terpaksa dipindahkan selepas hujan lebat semalaman melanda wilayah selatan Korea Selatan, lapor Agensi Berita Yonhap....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd