• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Juta Penerima Sinovac Disaran Ambil Dos Ketiga Sebelum Jangkitan Lebih Teruk

oleh Mohd Arshad
28/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Dua juta penerima vaksin primer Sinovac yang belum mendapatkan dos penggalak disaran mendapatkannya dalam masa terdekat.

Hal itu menyedari bahawa penerima vaksin berkenaan cenderung mendapat kesan jangkitan lebih teruk jika terus melambatkan proses vaksinasi ketiga atau tidak mengambilnya langsung.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan mengakui jangkitan wabak Covid-19 mungkin berlaku kepada mana-mana penerima vaksin Covid-19, bagaimanapun, penerima vaksin Sinovac lebih terdedah kepada jangkitan lebih teruk.

“Dari segi risiko jangkitan, kerajaan memang mengakui kemungkinan berlaku jangkitan untuk mana-mana vaksinpun, lebih-lebih lagi penerima vaksin Sinovac.

“Tetapi, kita mendapati bahawa tahap perlindungan terutama kepada gejala yang paling buruk ke unit rawatan rapi (ICU) masih lagi berada pada tahap memuaskan, cuma ia lebih tinggi jika tidak dapat dos penggalak (vaksin).

“Oleh itu, yang terbaik sekarang adalah mendapatkan dos penggalak. Dua juta yang belum dapat dos penggalak ini digalakkan untuk mendapatkannya dalam masa terdekat,” katanya ringkas kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran buku Systems Thinking: Systems Thinking Analyses For Health Policy And Systems Development, A Malaysian Kes Study di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.

Semalam, akhbar ini melaporkan, kira-kira dua juta penerima vaksin primer Sinovac dikhuatiri terdedah risiko jangkitan Covid-19 lebih teruk jika masih belum tampil mendapatkan perlindungan tambahan untuk diri mereka.

Berdasarkan data dikeluarkan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), Institut Kesihatan Negara (NIH), berlaku penurunan imuniti dalam tempoh tiga hingga lima bulan, selepas mendapat dos kedua vaksin Covid-19.

Bagi penerima Sinovac, imuniti dalam bulan pertama dan kedua iaitu selepas suntikan dos kedua sekitar 76.1 peratus, dan menurun dalam tempoh lima hingga enam bulan sebanyak 48.2 peratus dengan imuniti serendah 27.9 peratus.

Bagi vaksin Pfizer, dalam tempoh satu hingga dua bulan selepas menerima dos kedua, imuniti dalam badan menurun sebanyak 68 peratus iaitu kepada 20.7 peratus berbanding 88.7 peratus selepas tempoh tiga hingga lima bulan.

UtusanOnline-

Tags: Covid-19dos keitga vaksin Covid-19Sinovac
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Solat Jemaah Di Johor Dibenar Rapat Sejadah

Next Post

Russia Mungkin Bahagikan Ukraine Seperti Korea Utara & Selatan: Kyiv

Related Posts

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Mpox Merebak Melalui Kontak Rapat Berpanjangan, Tidak Mudah Menular Seperti COVID-19 – Pakar

Mpox Merebak Melalui Kontak Rapat Berpanjangan, Tidak Mudah Menular Seperti COVID-19 – Pakar

01/09/2024
0

KOTA BHARU: Kanak-kanak, individu berimuniti rendah, penghidap ekzema dan wanita mengandung mudah mendapat jangkitan Mpox atau cacar monyet yang teruk...

Next Post

Russia Mungkin Bahagikan Ukraine Seperti Korea Utara & Selatan: Kyiv

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd