• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Solat Jemaah Di Johor Dibenar Rapat Sejadah

oleh Mohd Arshad
28/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membenarkan solat berjemaah di masjid dan surau seluruh Johor dilaksanakan secara merapatkan sejadah tanpa bersentuhan antara jemaah yang hadir.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, arahan itu akan berkuatkuasa bermula 1 April ini dengan setiap jemaah diminta membawa sejadah sendiri berukuran sekurang-kurangnya 3.5 kaki panjang dan 2 kaki lebar.

“Sementara itu, bagi mengimarahkan bulan Ramadan, solat sunat tarawih hendaklah dilaksanakan sebanyak 20 rakaat dan solat sunat witir pula 3 rakaat. Imam bertugas digalak membaca surah dalam juzuk ke-30 sahaja, manakala imam jemputan perlu mendapat surat kebenaran Kadi Daerah terlebih dahulu.

“Bagi edaran bubur lambuk, jamuan majlis berbuka puasa, sahur dan moreh dibenarkan untuk dilaksanakan secara berbungkus sahaja,” katanya dalam sidang akhbar sempena Pengumuman Kadar Zakat Fitrah 2022, di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Fared berkata, hanya Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan beliau yang dibenarkan untuk berucap dalam kawasan masjid dan surau, manakala ucapan parti politik atau wakil rakyat lain tidak dibenarkan.

“Program membudayakan al-Quran, kuliah umum, kuliah khas, kelas takmir, taklimat dan kursus serta forum adalah dibenarkan dengan tidak melebihi tempoh dua jam, termasuklah zikir, selawat, wirid dan tarikat.

“Namun bagi aktiviti bermalam adalah ditangguhkan, dan aktiviti masak-memasak masih tidak dibenarkan dengan semua jamuan dilaksanakan secara berbungkus sahaja. Jamuan berhidang dibenarkan sekiranya terdapat program rasmi dengan tidak melebihi 50 jemaah sahaja,” ujarnya.

UtusanOnline-

Tags: Johorrapat sejadahsolat jemaah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

10/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Lebih 5,000 jemaah membanjiri Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn bagi menyertai Program Semarak Subuh Perdana 2026,...

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd