• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Blinken Di Israel Untuk Rundingan Dengan Negara Arab

oleh Mohd Arshad
28/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEl AVIV – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken semalam berada di Israel untuk mengadakan pertemuan ‘bersejarah’ bersama negara-negara Arab yang memulihkan hubungan dengan Israel menerusi Perjanjian Ibrahim tajaan Washington.

Blinken yang tiba di Tel Aviv petang kelmarin, dijadualkan menemui rakan sejawatnya dari Israel, Maghribi, Mesir, Bahrain dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Gurun Negev semalam dan hari ini bagi menandakan anjakan dalam hubungan Arab-Israel yang bermula pada akhir 2020.

Menteri Luar Israel, Yair Lapid menganggap pertemuan tersebut sebagai ‘sidang bersejarah’.

Blinken juga akan melawat Tebing Barat dan Algeria serta berdialog dengan pemerintah UAE, Mohammed bin Zayed yang merupakan Putera Mahkota Abu Dhabi.

Semasa lawatannya, Biden akan memberi tumpuan kepada agenda membina sokongan untuk Ukraine susulan pencerobohan Rusia.

Dua isu utama lain adalah untuk melenyapkan kebimbangan Israel mengenai perjanjian nuklear yang akan ditandatangani oleh Barat dan Iran serta membincangkan risiko kekurangan bekalan gandum dunia disebabkan perang Ukraine khususnya terhadap rantau Asia Barat.

“Kami sedar impaknya amat dirasai di Asia Barat dan Afrika Utara di mana kebanyakan negara mengimport sekurang-kurangnya separuh keperluan gandum dan sebahagian besarnya dari Ukraine.

“Perang ini akan menyebabkan kenaikan berterusan makanan ruji seperti roti di rantau ini,” kata Pemangku Pembantu Setiausaha Jabatan Negara, Yael Lempert menjelang lawatan Biden.

Lawatan Biden berlaku ketika AS dan Iran di peringkat akhir rundingan untuk menghidupkan semula Pelan Tindakan Komprehensif Bersama 2015 yang bertujuan untuk menghalang Teheran daripada membangunkan senjata nuklear.

Pentadbiran bekas Presiden AS, Donald Trump berundur daripada perjanjian itu secara unilateral (sendirian) pada 2018 dan menguatkuasakan semula sekatan ekonomi ketat, manakala Iran pula menyambung semula aktiviti nuklearnya.

-Kosmo Online

Tags: ArabIsraelRundingan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub GENEVA – Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa Bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa pihak berkuasa dan pasukan keselamatan Israel secara...

Komander Batalion Israel Dilapor Terbunuh Dalam Pertempuran Di Selatan Lubnan

Komander Batalion Israel Dilapor Terbunuh Dalam Pertempuran Di Selatan Lubnan

19/06/2026
0

Oleh Mynewshub LUBNAN _ Israel (IDF) mengesahkan seorang pegawai kanan mereka terbunuh ketika operasi ketenteraan di selatan Lubnan, dalam insiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd