• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dadah: Lapan Penjawat Awam Tunggu Keputusan KDN

oleh AK-47
27/03/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkenaan status tindakan terhadap lapan penjawat awam yang diberkas pada 6 Mac lalu selepas disyaki bersekongkol dengan sindiket pengedaran dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lapan penjawat awam itu kini ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya ( ADB) Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

“Kita akan siapkan fail kes untuk dihantar ke KDN dan ada tiga kemungkinan sama ada mereka akan dikenakan perintah tahanan, perintah sekatan atau dibebaskan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Ahad.

Bagaimanapun katanya, polis berpuas hati dengan maklumat dan siasatan yang dilakukan.

Ayob Khan turut memberitahu, setakat ini tiada tangkapan baharu penjawat awam membabitkan sindiket terbabit

Tegas beliau, polis tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana jabatan atau penjawat awam yang terlibat dengan kegiatan dadah.

Mengulas mengenai seorang lagi penjawat awam yang ditahan, Ayob Khan berkata, suspek itu dituduh bersama seorang nelayan.

Ayob Khan dalam sidang akhbar di Bukit Aman pada 15 Mac lalu berkata, seramai sembilan penjawat awam dan seorang nelayan disyaki bersekongkol dengan sindiket pengedaran dadah diberkas di Putrajaya dan Johor Bahru pada 6 Mac lalu dengan rampasan dadah jenis syabu seberat 5.3 kilogram yang dianggarkan bernilai RM193,590.

Dadah yang dirampas itu cuba diseludup sindiket lain yang bergerak aktif di Banting untuk pasaran di Dumai, Indonesia.

Kesemua penjawat awam itu bertugas di sebuah agensi penguat kuasa di Putrajaya.

-Sinar Harian

Tags: dadahKDNPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd