• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ismail Sabri Lawat Qatar, UAE Bermula Esok

oleh Mohd Arshad
26/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya selaku Perdana Menteri ke Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) selama lima hari bermula esok hingga 31 Mac.

Dalam lawatan ke Qatar, Perdana Menteri dijadual membuat kunjungan menghadap Amir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani dengan agenda utama pertemuan mengenai pengukuhan hubungan dua hala Malaysia-Qatar yang sedia terjalin dalam pelbagai bidang kerjasama.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Luar memaklumkan, kedua-dua pemimpin akan menetapkan hala tuju kerjasama ekonomi dan usaha pemulihan pasca-pandemik, selain bertukar-tukar pandangan mengenai isu antarabangsa yang penting.

“Perdana Menteri juga akan menghadiri sesi libat urus dengan komuniti perniagaan dan Keluarga Malaysia di Doha,” kata kenyataan berkenaan.

Di UAE pula, Ismail Sabri dijadual membuat kunjungan menghadap Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan dan Timbalan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera UAE, selain pertemuan dengan Naib Presiden merangkap Perdana Menteri UAE dan Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum.

Kedua-dua pemimpin akan menyentuh pelbagai kemajuan bidang kerjasama antara kedua-dua negara, termasuk dalam menangani pandemik COVID-19 dan usaha pemulihan pasca pandemik, selain isu-isu antarabangsa berkepentingan.

“Ketika di Dubai, Perdana Menteri dijadual melawat Pavilion Malaysia di Expo 2020 Dubai

serta bertemu komuniti perniagaan dan Keluarga Malaysia di sana,” kata Kementerian Luar.

Dalam lawatan itu, Ismail Sabri akan diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Yang turut serta, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup dan Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh.

Lawatan Perdana Menteri ke kedua-dua negara akan mengikut pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 ketat yang berkuat kuasa di Malaysia, Qatar dan UAE.

BHonline-

Tags: Ismail Sabri Yaakoblawatan rasmiQATARUAE
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

Pempengaruh Pro-Palestin Dakwa Akaun X Diharamkan UAE, Tuduh Emiriah Lindungi Israel

Pempengaruh Pro-Palestin Dakwa Akaun X Diharamkan UAE, Tuduh Emiriah Lindungi Israel

05/03/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  Seorang pempengaruh media sosial pro-Palestin yang terkenal, Jackson Hinkle, mendakwa akaun beliau di platform X (Twitter) telah diharamkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd