• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambutan Hari Polis 215 Disambut Ringkas Ikut SOP

oleh Mohd Arshad
25/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Acara Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 yang diadakan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di ibu negara hari ini, disambut secara ringkas dan sederhana mengikut pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepenuhnya.

Sambutan dimulakan dengan pasukan kawalan kehormatan masuk ke dalam medan perbarisan sebelum panji-panji utama Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarak masuk mengambil tempat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir sebagai tetamu kehormat utama dalam sambutan kali ini yang mengekalkan tema sama ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani serta Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Perdana Menteri kemudian memeriksa perbarisan dengan menaiki kenderaan istiadat sebelum acara dilengkapkan dengan perbarisan lintas hormat 102 anggota kawalan kehormatan utama dari Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) PDRM.

Perbarisan diketuai Deputi Superintendan Mohd Zulfadly Zulkifli dibantu Asisten Superintendan Mohd Shafiq Ghazali bersama pegawai pembawa panji-panji, Inspektor Mohd Farid Mohd Anuar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, dalam ucapannya berkata seluruh warga PDRM memperbaharui sumpah taat setia kepada Raja dan negara, serta berikrar untuk memastikan keselamatan rakyat serta kedaulatan negara, terus terpelihara sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 hari ini.

“Seluruh warga PDRM akan melaksanakan tugas secara profesional dan terus memperkasakan integriti demi mempertahankan keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

“Seluruh warga PDRM sentiasa ‘Sedia Berkhidmat’ dan berdiri teguh di bawah naungan panji Sang Saka Biru untuk memikul tanggungjawab dan amanah bagi memelihara keselamatan masyarakat dan keamanan negara” katanya.

Katanya, selari dengan kehendak Akta Polis 1967, PDRM akan terus komited dalam mempertahankan keselamatan dan ketenteraman awam negara.

“Dalam usaha memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan pasukan, kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah meluluskan perolehan aset dan peralatan seiring dengan kemajuan teknologi terkini kepolisan moden.

“Saya mewakili PDRM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan dan KDN yang amat prihatin akan keperluan PDRM,” jelasnya.

Di samping itu, katanya kerajaan juga memperuntukkan dana yang besar untuk kebajikan, keselesaan dan kesejahteraan warga PDRM yang berkhidmat serta seisi keluarga dan para pesara polis.

Pada majlis itu juga, Hamzah turut menyampaikan sijil Anugerah Integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai penghargaan dan pengiktirafan tertinggi kepada pegawai, anggota polis serta kakitangan awam yang diperakui menunjukkan pencapaian integriti di tahap terbaik.

-Utusan Online

Tags: Disambut RingkasIkut SOPsambutan hari polisSOP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

Sekolah Wajib Ikut SOP KPM, Elak Tragedi Berulang

Sekolah Wajib Ikut SOP KPM, Elak Tragedi Berulang

01/03/2025
0

Jelebu: Semua pentadbir sekolah wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetap dalam melaksanakan aktiviti sukan dan kokurikulum Pengarah Pendidikan Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd