• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Benar Solat Berjemaah Tanpa Penjarakan Fizikal Mulai 1Apr

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan solat fardu, solat Jumaat dan solat tarawih dilakukan tanpa penjarakan fizikal di semua masjid dan surau di negeri itu bermula 1 April ini sejajar dengan Fasa Peralihan ke Endemik Covid-19.

Yang Dipertua MAIK Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata perkara itu telah mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

“Selain solat fardu dan solat Jumaat, turut dibenarkan solat tarawih sama ada lapan atau 20 rakaat dan qiamullail pada bulan Ramadan.

“Semua aktiviti lain seperti majlis zikir, kelas al-Quran, kuliah khas, umum dan lain-lain termasuk program Ihya Ramadan adalah dibenarkan beroperasi seperti biasa tanpa penjarakan fizikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tengku Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata pihak masjid, surau dan musala hanya dibenarkan menyediakan menu jamuan berbuka puasa, moreh dan sahur secara bungkus dan diagihkan kepada jemaah untuk dibawa pulang.

“Hanya jemaah yang tidak mempunyai apa-apa gejala Covid-19 sahaja dibenarkan hadir manakala jemaah bergejala tidak dibenarkan hadir.

“Semua jemaah diwajibkan memakai pelitup muka dan diwajibkan membawa sejadah masing-masing serta tidak dibenar bersalaman antara satu sama lain,” katanya.

Dia berkata prosedur operasi standard (SOP) masjid, surau dan musala yang lain dikekalkan sebagaimana yang telah dikeluarkan sebelum ini.

“SOP masjid, surau dan musala ini adalah selaras dengan pandangan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Tengku Mohamad Rizam berkata MAIK amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak terutama umat Islam secara amnya dalam melaksanakan ketetapan ini.

“SOP sebagaimana di atas hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pengurusan masjid, surau, musala.

“Tindakan sewajarnya akan diambil atas kegagalan untuk mematuhi SOP ini.

Bersama-samalah kita istiqamah dan yakin bahawa Allah S.W.T pasti membantu dan memperkenankan doa serta harapan kita semua,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: Kelantansolat berjemaahSolat Berjemaah Tanpa Penjarakan Fizikal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MB Hargai Kehadiran PMX Anwar Ke Kelantan, Semangat Menghormati Perkukuh Persefahaman

MB Hargai Kehadiran PMX Anwar Ke Kelantan, Semangat Menghormati Perkukuh Persefahaman

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk...

Rohingya Berlambak Di Kelantan, Terengganu – KP J-KOM

Rohingya Berlambak Di Kelantan, Terengganu – KP J-KOM

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali mendakwa terdapat lambakan pelarian Rohingya di Kelantan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd