• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Dua Pintu Sempadan Darat Thailand-Malaysia Dibuka

oleh AK-47
24/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Thailand mencapai kata sepakat hanya membuka pintu sempadan darat di Bukit Kayu Hitam-Sadao dan Wang Kelian-Wang Prachan, mulai 1 April ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata protokol am pengembara umum pembukaan sempadan terpakai ke atas semua pengembara dari negara itu.

“Namun, Kerajaan Thailand hanya bersedia untuk menerima pengembara pelancongan, manakala bagi pengembara harian dan kerap, perbincangan masih dijalankan antara Malaysia dan Thailand.

“Buat masa ini, protokol am pengembara umum terpakai ke atas pengembara dari Thailand,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagi semua pengembara yang lengkap vaksinasi COVID-19 yang melalui sempadan udara Malaysia-Singapura pula, mereka hanya perlu melakukan pengujian COVID-19 dalam tempoh dua hari sebelum berlepas.

Katanya, pengembara tidak perlu menjalani kuarantin dan melakukan ujian COVID-19 semasa ketibaan.

Selain itu, Khairy berkata, hanya pengembara yang lengkap vaksinasi COVID-19, dibenarkan merentas sempadan darat antara Malaysia dan Singapura.

“Mereka juga tidak perlu menjalani kuarantin, melakukan ujian COVID-19 sebelum berlepas dan semasa ketibaan,” katanya.

BHonline-

Tags: Khairy JamaluddinMalaysiasempadan daratThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Lima Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) hari ini secara terbuka mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

“Nama Tanah Melayu Telah Berakhir” – Veteran DAP

“Nama Tanah Melayu Telah Berakhir” – Veteran DAP

28/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim menegaskan nama Tanah Melayu telah berakhir dengan berkuatkuasanya Perlembagaan Persekutuan. Menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd