• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Cadang Ahli Parlimen, Senator Wajib Jalani Pemeriksaan Kesihatan

oleh AK-47
24/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan semua ahli Parlimen dan Senator diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang mengumumkan perkara itu berkata, cadangan tersebut dikemukakan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau memaklumkan, cadangan tersebut mendapat sokongan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim.

“Tan Sri Yang Dipertua (Azhar Azizan) telah menerima satu cadangan daripada Menteri Kesihatan untuk mewajibkan pemeriksaan kesihatan bagi semua ahli Parlimen dalam memastikan kesejahteraan kesihatan kita semua.

“Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara (Rais) menyokong inisiatif ini.

“Sehubungan itu, mekanisme pemeriksaan kesihatan ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dan akan dimaklumkan kepada ahli-ahli Yang Berhormat,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Pada 17 Mac lalu, Rais memaklumkan beliau menyambut baik cadangan Khairy bagi mewajibkan Ahli Dewan Negara menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali.

Cadangan itu dikemukakan rentetan kajian yang dibuat bermula Julai 2018 hingga November 2020 melaporkan, kes penyakit tidak berjangkit (NCD) semakin meningkat terutama penyakit jantung, darah tinggi dan kanser.

-Sinar Harian

Tags: Ahli ParlimenKKMPemeriksaan KesihatanSenator
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Lima Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) hari ini secara terbuka mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd