• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Putrajaya Catat 100 Peratus Penggunaan Katil ICU

oleh Mohd Arshad
24/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Pusat pentadbiran negara, Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan 100 peratus penggunaan katil hospital bagi pesakit kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU) khusus untuk kes Covid-19, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat negeri lain turut menunjukkan peratus pengisian katil ICU melebihi 50 peratus iaitu Kuala Lumpur (67 peratus), Johor (59 peratus), Selangor (57 peratus) dan Kelantan (52 peratus).

Beliau berkata, bagi penggunaan katil bukan ICU, sehingga semalam terdapat lapan negeri mencatatkan penggunaan melebihi 50 peratus iaitu di Selangor sebanyak 80 peratus, Terengganu (75 peratus), Putrajaya (67 peratus), Melaka (62 peratus), Perak (57 peratus), Sarawak (56 peratus), Negeri Sembilan (55 peratus) dan Perlis (52 peratus).

“Tiada negeri mencatatkan penggunaan katil melebihi 50 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

“Sementara itu, pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) menurun kepada 189 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 21 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media hari ini, mengenai penggunaan kapasiti katil di hospital dan PKRC di seluruh negara semalam khusus bagi kes Covid-19.

Sementara itu, beliau berkata tiada kluster baharu Covid-19 yang dikesan semalam sekali gus menjadikan jumlah kluster masih aktif di negara ini kekal sebanyak 273 kluster.

Kali terakhir negara ini merekodkan tiada pertambahan kluster baru ialah pada 14 November lalu.

Dr Noor Hisham berkata, sejak pandemik Covid-19 melanda negara ini, sebanyak 6,918 kluster sudah dikesan dan daripada jumlah itu sebanyak 6,645 kluster sudah tamat kerana tidak lagi merekodkan pertambahan kes baharu.

“Sementara itu, daripada 165 kes Covid-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baru dilaporkan didapati 43 kes (26.06 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; manakala 71 kes (43.03 peratus) sudah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak

“Sebanyak 51 kes (30.91%) sudah menerima dos penggalak,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 99 kes atau 60 peratus kategori sama adalah berusia lingkungan 60 tahun dan ke atas;98 kes (59.39 peratus) mempunyai komorbid dan dua kes (1.21 peratus) ibu mengandung.

-Harian Metro

Tags: Covid-19Katil ICUPenggunaan Katil ICUPutrajaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Setuju Projek Jajaran Baharu  Lebuhraya Pantai Barat Secara Penswastaan

Kerajaan Setuju Projek Jajaran Baharu Lebuhraya Pantai Barat Secara Penswastaan

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-50 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini...

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

27/03/2026
0

PUTRAJAYA – Aduan berkaitan kehadiran babi hutan di sekitar Jalan P9A, Presint 9 kini sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd