• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cubaan OKT Kes Dadah Loloskan Diri Gagal

oleh Ahmad Albab
15/03/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Cubaan seorang suspek kes dadah melarikan diri dengan berpura-pura sakit ketika mendapatkan rawatan gagal apabila lelaki yang dikategorikan orang kena tahan (OKT) itu ditahan semula selang lima jam kemudian hasil kecekapan polis Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Khaled Che Lah berkata, dalam kejadian yang berlaku semalam, suspek yang berumur 24 tahun itu telah dihantar anggota polis bagi menerima rawatan di Hospital Daerah Besut pada pukul 1 tengah hari.

Ini berikutan suspek berkenaan mengadu sesak nafas, batuk dan muntah berdarah ketika dalam tahanan di Balai Polis Kampung Raja, di sini.

“Semasa di hospital, suspek yang memakai pakaian OKT berwarna ungu dan digari telah diperiksa oleh pegawai perubatan dengan diiringi anggota pengiring.

“Ketika anggota pengiring berurusan untuk mengambil laporan dengan pegawai perubatan, suspek telah mengambil peluang meloloskan dirinya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sejurus kehilangan OKT itu, sepasukan polis telah digerakkan bagi mencari sebelum berjaya mengesan kedudukan dan menangkap semula suspek yang bersembunyi dalam semak di Kampung Gong Nering kira-kira 6 petang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan dan suspek kini ditahan di bawah pengawasan di Ibu pejabat Polis Daerah Besut. – BERNAMA

Tags: kes dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

31/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menyiasat kes membabitkan anak bekas seorang Perdana Menteri selepas sejumlah dadah ditemui dalam keretanya di Lebuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd