• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Iktiraf Sijil Vaksinasi Vietnam – PM

oleh AK-47
22/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Hanoi : Malaysia bersetuju mengiktiraf sijil vaksinasi Vietnam selepas mengambil kira bahawa negara itu turut menggunakan jenis-jenis vaksin diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bagi meningkatkan aktiviti pelancongan dalam kerjasama pasca pandemik Covid-19 kedua-dua negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Vietnam membuka sempadan antarabangsanya pada 15 Mac lalu, manakala Malaysia juga telah membuat keputusan untuk membuka sempadannya kepada kunjungan pelawat antarabangsa bermula 1 April ini.

Beliau berkata dalam lawatan rasminya ke Vietnam, beliau turut mengutarakan beberapa inisiatif kerjasama baharu, di samping meningkatkan kerjasama sedia ada ke tahap yang lebih tinggi.

“Pertamanya mengenai pengiktirafan sijil vaksinasi Covid-19 secara timbal balas. Vietnam telah pun mengiktiraf sijil vaksinasi Malaysia sebelum ini (Ogos 2021), dan semasa pertemuan saya dengan Perdana Menteri Vietnam (Pham Minh Chinh) saya memaklumkan bahawa Malaysia bersetuju untuk mengiktiraf sijil vaksinasi Vietnam,” katanya.

Bercakap kepada kumpulan media Malaysia di sini selepas mengakhiri lawatan rasmi dua hari di Vietnam, semalam, katanya, beliau turut mencadangkan supaya kedua-dua negara memuktamadkan proses integrasi aplikasi MySejahtera Malaysia dengan PC Covid Vietnam.

-Harian Metro

Tags: iktirafMalaysiapmSijil Vaksinasi VietnamVietnam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Jangan Ulangi Kesilapan Sokong Muhyiddin, Ismail Sabri, Anwar Jadi PM

UMNO Jangan Ulangi Kesilapan Sokong Muhyiddin, Ismail Sabri, Anwar Jadi PM

24/08/2026
0

SHAH ALAM - Akar umbi UMNO perlu terus bersuara bagi memastikan pandangan mereka didengari kepimpinan parti, kata Ahli Jawatankuasa Pemuda...

PMX Anwar Umum Tiket Madani Formula 1 Bahrain Grand Prix Serendah RM200

PMX Anwar Umum Tiket Madani Formula 1 Bahrain Grand Prix Serendah RM200

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Tiket Madani untuk pemegang MyKad bagi menyaksikan Formula 1 Gulf...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd