• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Setuju Jawatan Ketua Menteri Dihadkan Dua Penggal

oleh Mohd Arshad
22/03/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri bersetuju dengan cadangan untuk mengehadkan tempoh perkhidmatan jawatan Ketua Menteri Sabah ini kepada hanya dua penggal.

Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Abidin Madingkir, berkata perkara itu sudah dibincangkan jemaah Kabinet negeri sebelum ini dan dipersetujui.

Bagaimanapun, katanya cadangan itu perlu disokong semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk meminda Perlembagaan sebelum boleh dilaksanakan.

“Sebenarnya jemaah Kabinet sudah meluluskan cadangan ini pada dasarnya dan sekiranya semua ahli Yang Berhormat (ADUN) setuju dan menyokong cadangan ini, kita akan bawa perkara ini pada Persidangan DUN akan datang untuk meminda Perlembagaan negeri,” katanya pada sesi soal jawab Persidangan DUN Sabah, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Ewon Benedick (UPKO-Kadamaian) sama ada kerajaan negeri mempunyai cadangan meminda Perlembagaan negeri bagi mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Sabah kepada hanya dua penggal.

Abidin berkata, cadangan berkenaan memang baik, malah Kerajaan Pusat juga mempunyai cadangan untuk mengehadkan tempoh pelantikan Perdana Menteri.

“Di negara Barat yang maju seperti Amerika Syarikat dan yang lain, mereka juga mengehadkan tempoh pelantikan Presiden atau Perdana Menteri mereka masing-masing.

“Sekiranya semua setuju terhadap cadangan ini, kita akan bawa ke Persidangan DUN akan datang,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Salleh Said Keruak (BN-Usukan) mengenai kesannya terhadap Perlembagaan sedia ada, Abidin berkata perkara itu diserahkan kepada pegawai perundangan negeri.

Abidin turut menjelaskan sekiranya tiada sokongan daripada semua ADUN, cadangan berkenaan tidak akan direalisasikan.

“Seperti saya nyatakan tadi, jemaah Kabinet meluluskan pada dasarnya cadangan ini, jadi sokongan semua wakil rakyat diperlukan dan sekiranya tiada sokongan, ia tidak direalisasikan,” katanya.

-Berita Harian

Tags: DihadkanDua PenggalJawatan Ketua Menteriketua menteriSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd