• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Perinci Maklumat Guru Bersara Awal: Mohd Radzi

oleh AK-47
21/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kadar guru bersara awal adalah hampir menyamai guru yang bersara wajib, kata Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Beliau berkata, sehubungan itu Kementerian Pendidikan sedang memperincikan maklumat termasuk punca bersara awal bagi membolehkan perkara tersebut dilihat secara menyeluruh.

“Data-data ini kita perincikan satu persatu, bukan hanya melihat dari segi jumlah (permohonan), tetapi perkara lain seperti guru yang bagaimana, berapa lama dalam karier dan sebagainya.

“Guru yang membuat keputusan bersara awal ini sedang diperincikan untuk kita lihat dengan lebih menyeluruh,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau pengoperasian hari pertama sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Syed Idrus, Kampung Kuang Hilir, Chemor di sini, pada Isnin.

Beliau berkata, pada ketika ini, terdapat pelbagai corak dan trend diperkatakan berhubung guru yang memohon untuk bersara awal.

“Oleh kerana itu, kita sedang susun data ini, apabila semuanya sudah jelas, kita akan kongsikan maklumat lanjut berkaitan hal ini,” katanya.

Pada Februari lalu, media melaporkan kebimbangan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengenai laporan berkaitan guru yang memohon bersara awal akibat pandemik Covid-19 di negeri tersebut.

Saarani turut menyeru guru-guru di Perak tidak mengambil keputusan meletak jawatan atau bersara awal disebabkan Covid-19 memandangkan guru merupakan ejen perubahan masyarakat.

Timbalan Menteri Pendidikan, Dr Mah Hang Soon dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat tahun lepas menyatakan, terdapat beberapa alasan permohonan bersara awal dibuat antaranya tidak berminat meneruskan khidmat, faktor keluarga, kesihatan, beban tugas dan faktor peribadi.

-Sinar Harian

Tags: Bersara AwalGuruKPMMaklumat Guru Bersara Awal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd