• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peluang Batalkan Tuntutan Sulu Cerah

oleh AK-47
20/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Peluang untuk membatalkan tuntutan pihak yang mengaku waris Sultan Sulu di Mahkamah Arbitari Paris, Perancis dilihat cerah kerana terdapat beberapa perkara boleh dipertikaikan pihak Malaysia.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Profesor Keselamatan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Kamarulnizam Abdullah berkata, antara perkara boleh dipersoal adalah mengapa tuntutan itu diberikan secara sebelah pihak dan status sebenar siapa waris Sultan Sulu berkenaan.

Malah, menurut beliau, tuntutan itu sendiri tidak pernah diiktiraf kerajaan Filipina selain sejarah Sulu yang membuktikan bahawa mereka tidak layak menuntut Sabah.

“Keputusan tuntutan ini dibuat secara sebelah pihak tanpa pengiktirafan Malaysia, sepatutnya isu tuntutan ini perlu dibuat hasil rundingan daripada kedua-dua belah pihak. Ini hanya sebelah Sulu.

“Kita hanya mewarisi perjanjian British dan sebab itu Malaysia sendiri pernah membayar RM5,300 setahun, tetapi apabila kerajaan Filipina sendiri tidak pernah mengiktiraf waris Kesultanan Sulu, jadi kalau tidak iktiraf, kenapa perlu bayar?” katanya.

Kata beliau, perkara itu perlu ditangani segera bagi memastikan tidak ada lagi tuntutan di masa akan datang.

“Sekarang ini tidak ada waris Sulu yang diiktiraf sebagai waris sah dan berhak dapat bayaran. Mereka ini pun sudah beranak-pinak, kita pun dah tak tahu mana satu wakil yang sah. Filipina pun tidak pernah iktiraf, jadi pembatalan tuntutan ini penting kerana kita tidak mahu tuntutan itu jatuh ke pihak yang tidak sepatutnya,” katanya.

Beliau mengulas tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memfailkan permohonan untuk membatalkan tuntutan berhubung tuntutan pihak yang mengaku waris Sultan Sulu bagi menuntut pampasan RM62.59 bilion ke atas Sabah di Mahkamah Arbitari Paris, Perancis pada 3 Mac lalu.

Katanya, tindakan itu dibuat bagi memastikan keputusan tersebut tidak boleh dikuatkuasakan selain memastikan Malaysia tidak perlu membayar wang pampasan seperti dituntut.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, tuntutan oleh pihak yang mengaku sebagai waris kepada Sultan Sulu menerusi satu prosiding timbang tara (arbitration) antarabangsa tidak sah dan melanggar undang undang.

Ini kerana, menurut beliau, pelantikan penimbang tara, Dr. Gonzalo Stampa sudah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Madrid pada 29 Jun 2021 yang menyebabkan semua keputusan yang dikeluarkan Stampa adalah tidak sah, termasuk tuntutan yang dikeluarkan pada 28 Februari lalu.

Dalam pada itu, pensyarah undang-undang laut antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Mohd. Hazmi Mohd. Rusli berpendapat, keputusan hanya boleh dibuat sekiranya Malaysia bersetuju untuk menyerahkan kedaulatannya kepada sesuatu mahkamah untuk memutuskan sesuatu isu, seperti kes Batu Puteh pada tahun 2008 di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

“Sewaktu Mahkamah Timbangtara Antarabangsa membuat keputusan mengenai isu Laut China Selatan yang berpihak kepada Filipina pada 2016, China membuat kata putus untuk tidak mengambil pusing kerana prosiding ini dilakukan secara sepihak (ex-parte) oleh Filipina, tanpa penglibatan China.

“Oleh itu, keputusan Mahkamah Timbangtara ini tidak mengikat China dalam apa jua keadaan sekalipun. Oleh itu, mengambil kira apa yang dilakukan oleh China, Malaysia juga boleh bertindak tidak mengambil pusing berkaitan tuntutan waris Kesultanan Sulu ini,” katanya.

-Utusan Online

Tags: peluangTuntutan Sulu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tuntutan Sulu Ditolak Penting Untuk Malaysia

Tuntutan Sulu Ditolak Penting Untuk Malaysia

28/06/2023
0

PETALING JAYA : Kemenangan berganda Malaysia setelah Mahkamah Rayuan The Hague semalam menolak kumpulan Sulu disifatkan cukup bermakna dan penting...

Mahkamah The Hague Putuskan Tuntutan Sulu Petang Ini

Mahkamah The Hague Putuskan Tuntutan Sulu Petang Ini

27/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda, hari ini akan membuat keputusan berhubung permohonan kumpulan Sulu untuk mendapatkan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd