• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Maut Gempa Bumi Kuat Gegar Fukushima

oleh Mohd Arshad
17/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Dua maut manakala berpuluh-puluh lagi cedera selepas gempa bumi kuat menggegarkan sebahagian besar kawasan di timur Jepun semalam sehingga mencetuskan amaran tsunami.

Penduduk dan pegawai-pegawai di timur laut negara itu masih menilai kerosakan yang berlaku awal pagi ini selepas gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter melanda sebelum tengah malam semalam.

Amaran tsunami dengan gelombang sehingga satu meter dikeluarkan awal pagi ini selepas pihak berkuasa merekodkan paras air sehingga 30 sentimeter lebih tinggi daripada biasa di beberapa kawasan.

Gegaran kecil terus dirasai di wilayah terlibat iaitu Fukushima dan Miyagi sepanjang malam semalam hingga awal pagi ini.

Laporan awal kerosakan adalah agak kecil. Menurut pegawai, situasi juga masih normal di loji-loji nuklear.

“Kami sedang melakukan yang terbaik untuk menilai tahap kerosakan.

“Gegaran susulan besar sering berlaku beberapa hari selepas gempa pertama, jadi sila jauhi mana-mana bangunan runtuh dan tempat yang berisiko tinggi,’’ kata jurucakap kerajaan, Hirokazu Matsuno kepada pemberita.

Mangsa yang maut adalah seorang dari wilayah Fukushima dan seorang lagi dari Miyagi termasuk lebih 90 orang cedera di beberapa wilayah, demikian menurut Agensi Pengurusan Bomba dan Bencana.

“Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 60 kilometer dari pantai Fukushima yang didahului beberapa minit sebelum itu oleh satu lagi gegaran kuat 6.1 pada skala Richter di kawasan yang sama,’’ kata Agensi Meteorologi Jepun.

Gempa itu turut menggegarkan Tokyo termasuk kawasan-kawasan lain yang terputus bekalan elektrik. Kira-kira dua juta rumah kehilangan bekalan elektrik di Tokyo dan beberapa tempat lain sebelum dipulihkan secara berperingkat semalam.

Kira-kira 35,600 rumah di kawasan Miyagi dan Fukushima masih terputus bekalan elektrik pada pagi ini, kata firma elektrik TEPCO.

-Kosmo Online

Tags: Fukushimagempa bumijepunmeragut nyawa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Gempa Bumi Kuat Gegar Venezuela Dalam Tempoh 39 Saat, Darurat Diisytihar

Dua Gempa Bumi Kuat Gegar Venezuela Dalam Tempoh 39 Saat, Darurat Diisytihar

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  CARACAS – Venezuela dilanda dua gempa bumi kuat masing-masing bermagnitud 7.2 dan 7.5 dalam tempoh hanya 39 saat,...

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd