• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Onn Hafiz Bawa Aspirasi Anak Muda Johor

oleh AK-47
16/03/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Tahniah Bangsa Johor kerana kini dipimpin oleh seorang Menteri Besar daripada Barisan Nasional (BN) yang benar-benar MUDA.

Bukan sekadar MUDA pada nama parti politiknya, tetapi seorang Menteri Besar,
Datuk Onn Hafiz Ghazi yang baru berusia 44 tahun.

Meskipun masih MUDA, tetapi bukan sebarang MUDA. Bukan MUDA yang cuma pandai berpidato, berbual kencing tetapi apa pun tak boleh.

Onn Hafiz merupakan pemegang ljazah Sarjana Muda Perakaunan University of Hertfordshire dan bekas pelajar Maktab Tentera Diraja (RMC).

Memenangi kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layang- Layang semasa BN sedang dilanda tsunami politik pada 2018.

Mempunyai pengalaman sebagai Exco kerajaan Johor dari tahun 2019, malah merupakan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Dalam sektor korporat beliau berpengalaman sebagai Pengarah dan Ketua Pengarah Eksekutif serta pernah berkhidmat untuk firma perakaunan gergasi PricewaterhouseCoopers (PwC).

Karier politik dalam UMNO beliau diberi kepercayaan memikul tanggungjawab Naib Ketua Bahagian UMNO Simpang Renggam dan pernah menjadi Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Onn Hafiz walau masih muda, tetapi mempunyai pakej lengkap dan karisma untuk mengetuai pentadbiran Johor yang diketahui antara negeri paling maju di Malaysia.

Sebenarnya tiada kontroversi pun disebalik pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Johor kerana mendapat restu daripada pimpinan BN.

Entah mengapa yang gelisah, kecoh dan kelam kabut adalah mereka yang tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac lalu.

Sedangkan BN dan mantan Menteri Besar Johor, Datuk Haji Hasni bin Mohammad tenang-tenang sahaja. Pelantikan Onn Hafiz berjalan dengan lancar dan teratur.

Hasni malah menyokong perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melantik Onn Hafiz kerana mahu melihat Johor ditadbir oleh pimpinan MUDA daripada BN.

Hasni malah hadir pada istiadat pelantikan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor. Segalanya harmoni tidak seperti kekecohan yang timbul di Selangor semasa krisis Langkah Kajang.

Onn Hafiz sendiri menyatakan beliau akan sentiasa memohon khidmat nasihat daripada Hasni yang jauh lebih berpengalaman daripada beliau.

Gabungan orang berpengalaman dengan tenaga dan idealisme orang muda akan dapat membangun dan memperkukuhkan negeri Johor

Barangkali inilah keunikan negeri Johor yang sentiasa disebut-sebut sebelum ini iaitu betapa muafakatnya negeri itu dalam segala perkara.

Justeru, mana-mana parti politik lain yang mendakwa konon mereka membawa aspirasi anak muda Johor sudah tidak lagi terpakai dan relevan.

BN telah pun melakukannya dengan cemerlang tanpa banyak songeh atau membuat rakaman-rakaman video TikTok yang entah betul entah tidak.

-Mynewshub

Tags: Anak Muda JohorAspirasiJohorMB JohorOnn HafizPRN Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

11/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Penganjuran Johor Super Crown Polo membuka potensi pelaburan bernilai ratusan bilion untuk Johor, menurut Pemangku Sultan Johor,...

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

08/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Lebih 20,000 masyarakat Orang Asli yang mendiami 60 kampung di negeri ini merupakan sebahagian daripada keluarga besar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd