• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MKT UMNO Akan Bincang, Putuskan Soal PRU-15

oleh Mohd Arshad
13/03/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELEBU : Keputusan sama ada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) wajar diadakan dalam tempoh terdekat atau sebaliknya akan diputuskan melalui mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tidak lama lagi.

Ahli MKT, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata keputusan mengenainya akan dibuat sebelum hasilnya diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk dipertimbangkan.

Katanya, biarlah MKT menggunakan kebijaksanaan bagi membuat keputusan sebelum mencadangkan kepada Perdana Menteri bila tarikh sesuai untuk adakan PRU-15.

“Kita ada ramai komander politik seperti Presiden, Timbalan Presiden termasuk Perdana Menteri sendiri dan biarlah perbincangan dilakukan mengikut lunas dan forum sewajarnya bagi membuat keputusan.

“Saya percaya pelbagai perkara akan diperhalusi termasuk kepentingan negara dan rakyat sebelum keputusan mengadakan PRU-15 dibuat, ” katanya ketika ditemui pada Program Back To School di perkarangan Dewan Majlis Daerah Jelebu (MDJ) di Petaling, di sini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, Noor Azmi Yusof dan ADUN Sungai Lui, Mohd Razi Mohd Ali.

Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata, menjadi kelaziman Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memanggil mesyuarat bagi membincangkan perkara berkaitan termasuk mengadakan PRU-15 sebelum atau selepas perhimpunan agung UMNO.

Mengulas kemenangan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam, katanya ia membuktikan BN kembali mendapat mandat rakyat dan ia perlu diurus dengan baik untuk meneruskan kemenangan dan kejayaan dalam PRU-15 nanti.

Mengenai Memorandum Persefahaman ( Mou ) Tranformasi dan Kestabilan Politik dimeterai Pakatan Harapan (PH ) September tahun lalu yang berakhir pada 31 Julai depan, Jalaluddin yang Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan berkata, perkara itu terpulang kepada Perdana Menteri dan ahli jemaah menteri serta kepemimpinan tertinggi parti untuk memutuskan tindakan selanjutnya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook berkata, pembangkang tiada masalah meneruskan MoU itu lebih-lebih lagi selepas pindaan Perlembagaan berkaitan undang-undang antilompat parti diluluskan nanti.

-Berita Harian

Tags: BincangMKT UMNOPRU-15UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ridhuan Tee Dakwa Kena ‘Gam’ Lepas PRU-15

Ridhuan Tee Dakwa Kena ‘Gam’ Lepas PRU-15

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Penceramah agama yang juga penganalisis politik, Dr. Ridhuan Tee Abdullah mendakwa beliau 'digam' daripada bersiaran di RTM...

UMNO Berhak Tentukan Hala Tuju Parti, Tidak Terikat Dengan Kerajaan Perpaduan

UMNO Berhak Tentukan Hala Tuju Parti, Tidak Terikat Dengan Kerajaan Perpaduan

10/06/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO akan terus mendokong Kerajaan Perpaduan atas Titah Yang di-Pertuan Agong ke-16 sehingga Pilihan Raya Umum akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd