• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PN Teliti Punca Utama Kekalahan Dalam PRN Johor

oleh AK-47
13/03/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Perikatan Nasional (PN) akan meneliti punca utama kekalahan gabungan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pihaknya bagaimanapun menegaskan berjaya mewujudkan sokongan daripada pilihan raya itu walaupun sebagai satu gabungan parti baharu.

“Kita akan buat analisa dan bedah siasat kenapa tidak dapat sejumlah kerusi yang besar.

“Kalau dilihat dari data didapati dalam pilihan raya ini walau parti baharu namun kempen yang dilaksanakan mendapat perhatian rakyat.

“Jadi ini satu petanda bahawa perjuangan kita diterima,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PN, di Senai, di sini, malam ini.

Pada masa sama, Muhyiddin berkata, PN tidak rasa begitu terkilan dengan keputusan PRN Johor, berikutan mendakwa sudah mewujudkan sokongan daripada pengundi.

Ketika ditanya sama ada PN akan bekerjasama dengan blok pembangkang, selepas ini, beliau berkata, perkara itu tidak dibincangkan dan diperhalusi lagi.

Mengenai kemungkinan Barisan Nasional (BN) akan membentuk kerajaan dengan PN, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, berkata pihaknya tidak fikir akan bekerjasama dengan parti itu kerana mereka sudah cukup untuk membentuk kerajaan.

Daripada 56 kerusi yang ditandingi PN, gabungan parti itu hanya menang di tiga kerusi iaitu di Bukit Kepong, Endau dan Maharani.

-Berita Harian

Tags: KekalahanPNPRN JohorTeliti Punca Utama Kekalahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd