• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

WHO Gesa Ukraine Musnahkan Patogen Berbahaya

oleh AK-47
12/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Share on FacebookShare on Twitter

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa Ukraine supaya memusnahkan mana-mana patogen yang sangat berbahaya dalam makmalnya bagi mengelak risiko wabak ketika serangan Russia ke atas negara itu berterusan.

WHO memaklumkan bidang kuasanya termasuk promosi biosekuriti di makmal untuk mencegah pembebasan patogen secara tidak sengaja atau sengaja.

“Sebagai sebahagian daripada kerja, WHO mengesyorkan dengan tegas kepada Kementerian Kesihatan di Ukraine dan badan bertanggungjawab lain untuk memusnahkan patogen ancaman tinggi untuk mengelakkan sebarang potensi kebocoran,” kata agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

Menyedari kebimbangan yang boleh ditimbulkan oleh cadangan itu selepas loji janakuasa nuklear awam utama Ukraine terperangkap dalam pencerobohan Russia, WHO menekankan konteks kerjasama yang lebih luas selama bertahun-tahun dengan pihak berkuasa Ukraine untuk meningkatkan keselamatan makmal.

“WHO secara rutin membantu negara anggota dalam meningkatkan kapasiti kesihatan awam termasuk dengan memudahkan peningkatan keselamatan dan keselamatan makmal yang memegang sampel patogen membimbangkan kesihatan awam,” kata organisasi itu.

“Pejabat negara WHO di Ukraine sudah bekerja selama beberapa tahun dengan Kementerian Kesihatan dan rakan kongsi lain, termasuk negara anggota WHO yang lain untuk menyokong peningkatan biokeselamatan dan biosekuriti makmal, serta kapasiti kakitangan makmal, khususnya untuk bertindak balas terhadap pandemik COVID-19,” katanya.

Dalam cadangan amnya mengenai keselamatan makmal, WHO menekankan penilaian berasaskan risiko, jurucakap Tarik Jasarevic memberitahu pemberita di Geneva melalui pautan video dari Ukraine.

“Makmal hendaklah sentiasa melihat dan menilai keadaan mereka bagi memastikan terdapat cara untuk melupuskan patogen dengan selamat dalam kes ancaman yang biasanya berada di semua negara ini untuk tujuan kesihatan awam selain mengelak sebarang kemalangan berlaku.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha kami memberikan nasihat kesihatan awam kepada setiap negara untuk cuba memastikan terdapat risiko yang diminimumkan terhadap sebarang bahaya kepada penduduk kerana sebarang kemungkinan kebocoran patogen secara tidak sengaja,” katanya.

BHonline-

Tags: patogen berbahayaUkrainewho
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

19/07/2025
0

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengumumkan penolakan terhadap pindaan peraturan kesihatan antarabangsa yang diterima pakai oleh Pertubuhan Kesihatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd