• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurutera Ditahan Edar Dadah

oleh Mohd Arshad
11/03/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Serdang : Seorang jurutera ditahan polis selepas kegiatannya mengedar dadah terbongkar dalam empat serbuan berasingan di premis sekitar Bandar Puchong Jaya dan Taman Bukit Serdang, di sini, Ahad lalu.

Lelaki berusia 31 tahun itu berindak menghantar dadah yang dipesan pelanggan dan mengambil komisyen sebanyak RM30 daripada hasil jualan.

Bagaimanapun, lelaki akhirnya ditahan bersama empat individu lain.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, dalam serbuan pertama polis menahan jurutera terbabit di sebuah kondominium dan merampas tiga paket dadah dipercayai serbuk ekstasi seberat 52.27 gram; 30 pil eramin 5; enam pil ekstasi dan syabu seberat 6.12 gram.

“Polis kemudian menahan seorang lagi lelaki berusia 47 tahun di kondominium sama dan merampas dua paket syabu seberat 31.60 gram yang dibawa suspek.

“Penangkapan dua lelaki berkenaan membawa polis ke sebuah premis di Pusat Perdagangan Seri Kembangan dan berjaya menahan tiga lelaki berusia 18 hingga 21 tahun.

“Siasatan mendapati premis terbabit dijadikan stor bagi menyimpan 230 botol air minuman pelbagai jenama yang disyaki dicampur serbuk ekstasi, 266 paket plastik pelbagai warna berisi serbuk ekstasi seberat 6.6 kilogram dan 911 pil ekstasi,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Menurutnya, polis menyerbu satu lagi premis di lokasi sama dan merampas 286 botol air minuman pelbagai jenama dipercayai dicampur serbuk ekstasi.

“Selain itu, turut dirampas ialah 319 paket plastik dipercayai mengandungi serbuk ekstasi, 30 pil eramin 5, 28 paket lutsinar berisi dadah ketamin seberat 20.28 gram dan 49 biji pil ekstasi.

“Siasatan mendapati kumpulan ini berperanan memasarkan dadah di sekitar Lembah Klang dan setiap individu mempunyai peranan masing-masing sebagai penghantar serta penjaga stor,” katanya.

Katanya, nilai keseluruhan dadah yang dirampas adalah RM380,000 dan dipercayai dapat menampung sehingga 5,000 pengguna.

“Semua suspek direman sehingga hari ini dan reman lanjutan akan dipohon bagi melengkapkan siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39(A) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

-Harian Metro

Tags: dadahEdar Dadahjurutera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd