• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Kilat Tenggelamkan Ribuan Kenderaan Sekitar Ibu Kota

oleh Mohd Arshad
07/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan sekitar Lembah KIang termasuk ibu kota di sini, mengalami banjir kilat susulan hujan lebat berterusan lebih dua jam petang ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi kenyataan di Facebook, memaklumkan beberapa laluan termasuk Besraya Expressway membabitkan laluan dari pusat bandar ke Salak Selatan, dari Kuchai ke Salak Jaya dan Kampung Malaysia ke Kuchai ditenggelami banjir.

Banjir kilat yang melanda Lebuhraya Kesas pula menyebabkan empat lorong terhalang di Plaza Tol Awan Besar arah Barat serta hanya satu lorong boleh dilalui di KM48.3 arah Timur menuju ke persimpangan Sukom.

Banjir kilat juga mengakibatkan penutupan sementara laluan di Terowong SMART membabitkan laluan masuk terowong dari Taman Desa dan Cheras menghala ke pusat bandar serta susur keluar terowong dari pusat bandar menghala ke Cheras.

Serentak itu juga, Terowong SMART ditutup sepenuhnya bagi persediaan operasi untuk membolehkan ia mengalirkan air akibat banjir yang melanda.

Banjir yang melanda menyaksikan ribuan kereta yang letakkan di parkir terbuka dan bawah tanah dalam bangunan sekitar ibu kota ini turut ditenggelami banjir.

Sementara itu, lebih 50 rumah dikesan terjejas akibat banjir berikutan hujan lebat berterusan di sekitar Selangor, petang ini.

Antara kawasan terjejas termasuk Kampung Gombak Batu Arang, Kampung Melayu Kundang Batu Arang, Kampung Melayu Sungai Serai Batu Arang, Kampung Gombak Kuang, Bandar Baru Sungai Buloh dan Kampung Melayu Sungai Buloh.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata setakat ini, tiada pemindahan mangsa dilakukan di lokasi berkenaan.

“Macam kejadian banjir di Kampung Gombak Batu Arang, kita terima maklumat pada jam 3.34 petang sebelum mengerahkan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang dengan satu jentera ke lokasi kejadian.

“Anggota tiba jam 4.08 petang dan mendapati tiga rumah terjejas, namun tidak dinaiki air. Kedalaman air setinggi 0.3 meter dan air semakin surut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

BHonline-

Tags: banjir kilatLLM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular merakam detik menakutkan ketika banjir kilat melanda kawasan Kayu Pasak, Salareh Aia, Palembayan...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd