• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Halang SPR Longgarkan SOP Pakai Pelitup Muka Ketika Ceramah

oleh Mohd Arshad
06/03/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mempunyai masalah sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu melakukan sedikit tambah baik terhadap prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pemakaian pelitup muka ketika ceramah berkempen.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pendirian KMM itu telah dimaklumkan kepada SPR pada Ahad.

“KKM tiada halangan sekiranya SPR nak ubah sikit SOP untuk (individu) yang sedang berucap sekiranya tidak ada orang sekeliling yang rapat jarak dan dengan jarak yang sesuai, dia boleh buka pelitup muka.

“Sebab itu SOP yang sering digunakan di tempat lain, acara-acara rasmi dan sebagainya.

“Tapi penonton itu kena kekal dengan pelitup muka. Jadi saya dah beritahu, mungkin insya-ALLAH hari ini akan dibuat pindaan sikit pada SOP tersebut,” katanya ketika ditemui program jelajah bertemu pengundi di Kampung Lukut, di sini, pada Ahad.

Pada Sabtu, media melaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ditegur pegawai dipercayai daripada KKM yang meminta beliau memakai pelitup muka ketika berceramah kempen PRN Johor di Larkin.

Difahamkan, teguran itu berkaitan dengan SOP pemakaian pelitup muka yang ditetapkan oleh SPR ketika berceramah.

-Sinar Harian

Tags: ceramahSOPSOP Pakai Pelitup MukaSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nga Kor Ming Bersyukur Dakwa Lebih 10,000 Hadir Ceramah PH

Nga Kor Ming Bersyukur Dakwa Lebih 10,000 Hadir Ceramah PH

27/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mendakwa lebih 10,000 rakyat Negeri Sembilan menghadiri ceramah Pakatan Harapan...

Nga Kor Ming Rasa Dia Adalah ‘Rockstar” – Kian Ming

Nga Kor Ming Rasa Dia Adalah ‘Rockstar” – Kian Ming

15/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming didakwa berasa dirinya seperti 'rockstar' tanpa menyedari banyak ucapannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd