• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Debat Ka Siong, Guan Eng Batal

oleh Mohd Arshad
06/03/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Debat yang dirancang antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terpaksa dibatalkan selepas dimaklumkan penganjurannya tidak mendapat permit daripada polis.

Perkara itu disahkan Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan MCA Johor, Datuk Ng Keng Heng yang menerima notis bertulis berhubung perkara itu daripada Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, semalam.

“Sesi debat mengenai isu-isu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang akan dibahaskan Ka Siong dan Guan Eng itu dijadualkan berlangsung pada pukul 2 petang hari ini, bertempat di Dewan Persatuan Tiong Hua Johor Bharu.

“Bagaimanapun, sesi debat tersebut tidak mendapat kebenaran pihak polis yang menyenaraikan empat sebab mengapa ia tidak boleh diadakan, iaitu program berbentuk politik, dibimbangi mengundang keresahan awam, ia boleh dilakukan di luar tempoh pilihan raya dan tidak melibatkan wakil Kementerian Pendidikan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Terdahulu, Ka Siong mencabar Guan Eng untuk berdebat secara terbuka selepas pemimpin DAP itu mendakwa MCA tidak melakukan usaha untuk meningkatkan sektor pendidikan khususnya melibatkan SJKC.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu turut mengeluarkan wang sebanyak RM4,500 untuk menyewa dewan yang dicadangkan bagi debat tersebut diadakan di mana semua persiapan telah dibuat.

Tambah Keng Heng, Jawatankuasa Perhubungan MCA Johor dukacita dengan arahan pembatalan debat berkenaan namun akan tetap akur dengan arahan polis.

“Kami amat dukacita, namun tiada pilihan selain perlu akur dengan ketetapan pihak polis agar tidak melanggar mana-mana peraturan.

“MCA Johor juga ingin memohon maaf kepada tetamu jemputan dari pertubuhan-pertubuhan Cina, pertubuhan pendidikan Cina dan para pengamal media,” jelasnya.

-Utusan Online

Tags: bataldebatGuan EngKa Siong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kadar Cukai Tanah Pulau Pinang Naik Sehingga 3,000 Kali Ganda – Guan Eng 

Kadar Cukai Tanah Pulau Pinang Naik Sehingga 3,000 Kali Ganda – Guan Eng 

21/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mendakwa pihaknya menerima aduan kira-kira 800 pemilik tanah di Pulau...

Pengerusi DAP Bersila, Berkongsi Hidangan Berbuka Puasa Di Masjid 

Pengerusi DAP Bersila, Berkongsi Hidangan Berbuka Puasa Di Masjid 

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Lim Guan Eng memaklumkan beliau menghadiri majlis berbuka puasa bersama jemaah dan ahli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd