• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Belum Ada Keperluan Dos Keempat’

oleh AK-47
05/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Setakat ini tidak ada dos keempat,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang menjawab dakwaan sesetengah pihak mengenai tambahan vaksin Covid-19 keempat.

Menurut Dr Noor Hisham, penerima vaksin hanya menerima dua vaksin premier dan satu dos penggalak dan tiada lagi vaksin keempat.

“Jika ada dos keempat, ia akan dikhususkan kepada golongan rentan termasuk penyakit kanser atau yang perlu dilindungi,” katanya pada sidang akhbar selepas menerima Anugerah Khas Tokoh Alumni Kolej Islam Klang (Alkis) di Hotel TAMU di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Presiden Alkis, Tan Sri Mohd Daud Bakar dan Pengetua Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Kamarul Ariffin Mohd Syarif.

Dr Noor Hisham turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan penyakit angin ahmar berpunca daripada vaksin terbabit.

“Covid-19 boleh menjangkiti paru-paru termasuk saluran darah selain membahayakan jantung. Ia juga boleh menjadi penyebab strok jika virus menyerang otak,” katanya.

Tambah beliau, untuk kes strok sebelum pandemik berlaku, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 90 hingga 120 kes sehari dan kes tetap sama walaupun 98 peratus golongan dewasa telah divaksinkan.

Beliau turut mengingatkan vaksin tidak menjadikan seseorang itu kebal daripada penyakit lain dan ujian mengesan penyakit perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada ia berpunca daripada vaksin atau sebaliknya.

Beliau turut mengambil contoh kes harian tertinggi pada Jumaat yang mencecah 33,209 kes baharu.

“Walaupun kes tinggi, kemasukan hospital, penggunaan unit rawatan rapi (ICU) dan kematian tidak setinggi Julai dan Ogos tahun lalu.

“Ketika itu sebanyak 24,000 kes dan hospital sesak tetapi kini kes sebanyak 33,000 masih ada menjalankan pembedahan elektif, merawat es covid dan selain belum menghantar pesakit bukan covid ke hospital swasta.

-Sinar Harian

Tags: Belum Ada KeperluanCovid-19Dos KeempatVaksin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

ATM Siap Sedia Untuk Pengundian Awal PRN Johor: Hishammuddin

Next Post

Syed Saddiq Dan Kepakaran Senyapkan Isu

Related Posts

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

19/09/2024
0

PUCHONG: Pharmaniaga Bhd melabur sebanyak RM300 juta bagi membangunkan kilang pengeluaran insulin, biosimilar dan vaksin pertama buatan tempatan. IKUTI CHANNEL...

Next Post

Syed Saddiq Dan Kepakaran Senyapkan Isu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd