• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Siap Sedia Untuk Pengundian Awal PRN Johor: Hishammuddin

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MERSING – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah bersiap sedia untuk anggotanya melaksanakan kewajipan, pada hari pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Selasa ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, setakat ini, beliau tidak menerima sebarang laporan negatif berhubung persiapan menghadapi PRN Johor, dalam kalangan anggotanya.

“Saya tiada angka tepat sekarang (jumlah anggota ATM yang mengundi), tetapi yang penting kita tahu seperti biasa anggota-anggota bila keluar mengundi dalam keadaan teratur dan berdisiplin.

“Justeru, saya berharap agar hari pengundian awal nanti berjalan lancar dan saya yakin daripada interaksi saya dengan pemimpin-pemimpin khususnya di Johor ini, mereka sudah bersiap sedia untuk melaksanakan tanggungjawab mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Mersing di sini yang turut dihadiri Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Dalam pada itu, Hishammuddin yang juga Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) menegaskan, agar tidak menjadikan PRN Johor sebagai platform politik kebencian yang akan membawa kepada perpecahan.

“Jangan kita menang sorak tetapi kampung tergadai. Dalam kita melihat ke hadapan, pastikan perjalanan kita dalam PRN Johor ini tidaklah sampai menanam kebencian dan perpecahan, khususnya dalam kalangan rakyat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

“Mari kita fokus kepada sesuatu yang lebih konstruktif (keperluan rakyat), yang akan menjadi ‘pokok utama’ tumpuan selepas berakhir PRN Johor nanti,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan hari pengundian PRN Johor pada 12 Mac manakala pengundian awal pada 8 Mac.

-Sinar Harian

Tags: ATMpengundian awalPRN JohorSiap Sedia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Calon BERSAMA Lau Yi Leong Dedah Belanja Kempen DUN Johor Jaya Lebih RM50,000

Calon BERSAMA Lau Yi Leong Dedah Belanja Kempen DUN Johor Jaya Lebih RM50,000

12/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon parti BERSAMA bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 11...

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

07/08/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dirinya sebagai seorang panglima kecil yang harus bertempur dengan cara tersendiri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd