• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AADK Kesan 345 Penagih Dadah Di P.Pinang

oleh Ahmad Albab
14/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TASEK GELUGOR – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang berjaya mengesan 345 penagih dadah dalam beberapa operasi di sekitar negeri itu yang dijalankan sejak Januari hingga 28 Feb lepas.

Pengarahnya Rohani Ahmad berkata paling membimbangkan penagih yang dikesan itu turut membabitkan golongan remaja terdiri daripada kalangan pelajar sekolah.

“Daripada 345 individu yang dikesan kerana penyalahgunaan dadah itu, sebahagian daripada mereka berusia 16 hingga 19 tahun dan ia (jumlah itu menunjukkan peningkatan.

“Perkara ini yang menjadi kebimbangan kepada kami kerana AADK Pulau Pinang turut mengesan golongan penagih remaja dalam kalangan pelajar sekolah dan berikutan itu, kami mengambil pendekatan mendekati mereka melalui program sekolah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari AADK Peringkat Negeri Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Selamat, di sini hari ini.

Majlis dirasmikan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin.

Sementara itu, Rohani berkata pihaknya berharap jalinan kerjasama antara AADK dan sekolah dapat diteruskan supaya usaha membasmi najis dadah dalam kalangan pelajar sekolah dapat diteruskan pada masa hadapan.

“Selain kerjasama dengan pihak sekolah, kami juga akan meneruskan pelbagai program lain dan beberapa operasi dari semasa ke semasa dengan menumpukan kawasan yang berisiko mencatatkan golongan penagih tertinggi.

“AADK Pulau Pinang akan memberi fokus kepada kepada setiap kawasan berisiko yang dikesan antara tiga ke enam bulan,” katanya.

Beliau juga meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan penyalahgunaan dadah agar menghubung mana-mana pejabat AADK berdekatan bagi menyalurkan maklumat dalam usaha membendung aktivi berkenaan. – BERNAMA

Tags: AADKkes dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

31/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menyiasat kes membabitkan anak bekas seorang Perdana Menteri selepas sejumlah dadah ditemui dalam keretanya di Lebuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd