• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Russia Sekat Akses Facebook

oleh Mohd Arshad
05/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW : Badan pemantau komunikasi Russia pada Jumaat mengumumkan ia menyekat akses kepada Facebook sebagai reaksi kepada sekatan yang dikenakan syarikat rangkaian sosial itu ke atas beberapa saluran media Russia, lapor Agensi Anadolu (AA).

Dalam satu kenyataan di laman webnya, Pemantau Komunikasi, Teknologi Maklumat dan Media Massa Perkhidmatan Persekutuan Russia, Roskomnadzor berkata Facebook telah 26 kali mendiskriminasi media Russia sejak Oktober 2020.

Kebelakangan ini, Facebook mengehadkan akses kepada laman web dua saluran TV Rusia, dua agensi berita utama dan dua saluran media.

Sekatan yang dikenakan oleh Facebook adalah dilarang oleh undang-undang persekutuan Russia, dan ia melanggar prinsip kebebasan penyebaran maklumat dan akses percuma pengguna Russia kepada media Russia di platform internet asing, kata Roskomnadzor.

Beberapa negara Barat baru-baru ini menutup syarikat media antarabangsa Russia, Russia Today dan agensi berita Sputnik sebagai sebahagian daripada pakej sekatan yang dikenakan ke atas negara itu di tengah-tengah perang Russia-Ukraine yang bermula pada 24 Februari.

Serangan Russia ke atas Ukraine mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa, dengan Kesatuan Eropah, United Kingdom, dan Amerika Syarikat melaksanakan pelbagai sekatan ekonomi ke atas Russia.

-Berita Harian

Tags: Akses FacebookfacebookRusiaSEKAT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Nama Tanah Melayu Telah Berakhir” – Veteran DAP

Veteran DAP Chang Khim Padam Hantaran Nama Tanah Melayu?

28/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Hantaran Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim berkenaan nama Tanah Melayu sudah tiada di laman Facebook beliau....

KPKT Tutup Ruangan Komen Program Sentuhan Kasih Di Negeri Sembilan

KPKT Tutup Ruangan Komen Program Sentuhan Kasih Di Negeri Sembilan

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dilihat menutup ruangan komen pada hantaran Facebook memaparkan lawatan Menteri Perumahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd