• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laluan Ke SJSM Ditutup Bermula Semalam

oleh AK-47
03/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Berang : Laluan ke Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM) di Kenyir ditutup bermula semalam bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan baik pulih jalan dilakukan susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, laluan sejauh dua kilometer itu dijangka ditutup dalam tempoh antara satu hingga dua minggu.

Beliau berkata, kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat melanda kawasan berkenaan menyebabkan beberapa laluan ke SJSM rosak dan runtuh.

“Kita menutup laluan ini dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membolehkan operasi pembersihan tanah oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dilakukan.

“Kita melakukan sekatan jalan raya (SJR) bermula di hadapan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Jenagor bagi tujuan mengawal keselamatan supaya orang ramai tidak memasuki ke zon tanah runtuh.

“Ia juga bertujuan memastikan keselamatan petugas yang memasuki kawasan pembersihan ini,” katanya ketika ditemui di hadapan ABM Jenagor di sini semalam.

Mohd Adli berkata, pihaknya akan menugaskan seorang pegawai dan empat anggota di lokasi berkenaan untuk mengawal dan memantau keadaan di SJR berkenaan.

Katanya, anggota diletakkan secara bergilir selama 24 jam untuk memastikan keselamatan dan perjalanan pembersihan dan baik pulih jalan dapat dilaksanakan dengan lancar.

-Harian Metro

Tags: DitutuplaluanSJSM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPT Umum Laluan Untuk Lepasan UEC Sambung Pengajian di IPTA

KPT Umum Laluan Untuk Lepasan UEC Sambung Pengajian di IPTA

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan calon lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kini diberi...

TikTok Mula Ditutup Di AS Esok Kecuali Jika Biden Campur Tangan

TikTok Mula Ditutup Di AS Esok Kecuali Jika Biden Campur Tangan

18/01/2025
0

WASHINGTON - Pengurusan aplikasi TikTok memaklumkan, perkhidmatan media sosial itu akan dihentikan di Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa esok jika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd