• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKRC MAEPS Kini Dikenali PKRC ZWT, Rawat Kategori 1, 2A, 2B

oleh AK-47
02/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG: Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) diaktifkan semula Jumaat lepas pada skala kecil dengan kapasiti 850 katil untuk menampung pesakit COVID-19 Kategori 1, 2A dan 2B.

Pusat berkenaan yang kini dikenali sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Zon Wilayah Tengah (PKRC ZWT) telah menerima 119 pesakit COVID-19 warga tempatan sejak dibuka.

Timbalan Komander Unified Command Centre Dr Ridzuan Mohd Isa berkata seramai 29 pesakit sudah dibenarkan keluar, manakala baki 90 pesakit yang berumur antara 13 dan 50 tahun, masih menerima rawatan.

“Pusat kuarantin ini dibuka semula untuk mengurangkan beban hospital di sekitar Lembah Klang merawat pesakit COVID-19,” katanya dalam taklimat media di sini hari ini, serta menambah pesakit akan disaring di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) terlebih dahulu.

Pada Khamis lepas (24 Feb) Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan PKRC di MAEPS diaktifkan semula bagi merawat kes COVID-19 berisiko rendah iaitu Kategori 1, 2A dan 2B.

Pesakit COVID-19 Kategori 1 tidak bergejala, Kategori 2A pula mengalami simptom seperti sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafas namun masih boleh melakukan aktiviti harian atau hilang deria bau, loya, muntah, keletihan namun masih boleh melakukan aktiviti harian.

Pesakit Kategori 2B antaranya mengalami demam berpanjangan selama dua hari dan lebih, mengalami kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti, sakit dada, hilang selera makan, berasa letih terutama semasa melakukan aktiviti harian atau semasa bangun tidur dan perlu berjalan dengan bantuan.

MAEPS diaktifkan sebagai PKRC pada 16 April 2020 dengan pengambilan pesakit COVID-19 hanya membabitkan pesakit bukan warganegara bagi Kategori 1 dan 2 sebelum ditutup pada 15 Julai tahun yang sama.

Pada 9 Disember 2020, kerajaan memutuskan untuk mengaktifkan semula MAEPS sebagai PKRC susulan peningkatan kes COVID-19 dan ia dinaik taraf sebagai PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 pada 24 Januari dengan menerima pesakit Kategori 3 dan 4.

PKRC Bersepadu 2.0 MAEPS ditutup secara rasmi pada 8 Februari lepas dan sepanjang 14 bulan beroperasi, seramai 166,072 pesakit COVID-19 sudah dirawat di pusat itu.

Sementara itu, Pengarah PKRC ZWT Dr Ferwhan Fairis Ab Karim berkata pengoperasian pusat kuarantin di Dewan A dibahagikan kepada tiga ruang iaitu A1 – ruang pesakit lelaki yang mempunyai kapasiti 550 katil, A2 – ruang pesakit wanita yang boleh menempatkan 300 katil dan A3 untuk urusan pentadbiran.

Beliau berkata anjung terbuka turut disediakan di ruang pesakit lelaki dan wanita bagi memberi peluang kepada pesakit beriadah dan secara tidak langsung membantu kesihatan mental mereka.

“Kawasan anjung ini membolehkan pesakit mendapat udara segar dan merasai cahaya matahari. Tidak perlu risau pesakit melarikan diri kerana ia dilengkapi dengan pagar antipanjat.

“Maklum balas yang kami terima sebelum ini mendapati pesakit rasa tertekan kerana berada dalam ruang tertutup dan terkurung, disebabkan itu penambahbaikan ini dibuat untuk memberi keselesaan kepada pesakit,” katanya.

Bernama-

Tags: Covid-19nama baharuPKRC MAEPSPKRC ZWT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd