• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Kelantan Makin Buruk

oleh AK-47
27/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU : Banjir melanda Kelantan sejak dua hari lalu bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di 38 pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 3,871 orang.

Jumlah tersebut dilaporkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi portal Info Bencana JKM setakat pukul 11 pagi ini.

Pasir Mas merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 2,706 orang diikuti Kuala Krai (458 orang), Tanah Merah (353 orang), Jeli (268 orang) dan Pasir Puteh (86 orang).

Laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan dua sungai utama masih melepasi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Jenob (Tanah Merah) dan Sungai Temangan di Machang.

Sementara itu, Sungai Kelantan di Kuala Krai, Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah) dan Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Kota Bharu kini melepasi paras amaran.

Sungai Lebir dan Sungai Karangan di Kuala Krai, Sungai Lanas dan Sungai Air Bol di Jeli serta Sungai Semerak dan Sungai Pasir Puteh di Pasir Puteh pula berada pada tahap waspada dengan trend menaik.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan rendah dan berisiko banjir disarankan berwaspada dengan keadaan terkini cuaca dan segera berpindah ke PPS jika diminta berbuat demikian.

Sementara itu kerajaan negeri menerusi eBanjir Kelantan melaporkan beberapa jalan utama telah ditutup akibat dinaiki air.

Antaranya, Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang dan Jalan masuk ke Loji Membersih Air Bukit Remah yang ditutup kepada semua kenderaan serta Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh yang ditutup kepada kenderaan ringan.

-Utusan Online

Tags: BanjirBanjir KelantanKelantanmangsa banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd