• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: Semua Calon Pamer Sikap Profesional – Polis

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Polis memaklumkan proses Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini telah berlangsung dalam suasana aman dan terkawal.

Jurucakap Media PRN Johor, Supt Ibrahim Mat Som berkata calon dan penyokong telah mempamerkan sikap profesional dan mematuhi undang-undang sepanjang proses penamaan calon berlangsung.

“Polis Johor mengucapkan ribuan terima kasih kepada jentera pilihan raya dan agensi terlibat atas segala kerjasama diberikan sepanjang tempoh penamaan calon ini.

“Sehingga kini, tiada insiden yang tidak diingini berlaku dan proses penamaan calon berjalan dengan aman dan tenteram,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menasihatkan supaya semua parti, kumpulan penyokong dan orang ramai, supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 dan ketetapan undang-undang, agar tempoh berkempen berjalan secara aman dan harmoni.

Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata seramai 239 calon layak bertanding pada PRN Johor yang bermula hari ini, melibatkan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Awani-

Tags: PRN JohorSOPSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

31/10/2026
0

MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan 28 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau semua aktiviti calon yang...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd