• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saingan Hingga 7 Penjuru Di PRN Johor Catat Sejarah

oleh Mohd Arshad
26/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pontian : Barisan Nasional (BN) Johor menyifatkan saingan antara empat hingga tujuh penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 sebagai mencatat sejarah politik negeri itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, beliau dimaklumkan senario itu berlaku di hampir kesemua 56 Pusat Penamaan Calon (PPC) di negeri itu pada hari ini.

“Hari ini, saya menyaksikan saingan paling ramai di Benut dengan empat calon bertanding berbanding sebelum ini.

“Berdasarkan suasana di PPC lain juga, BN akan bertanding empat hingga tujuh penjuru. Ia adalah keadaan di mana kita dapat melihat demokrasi berjalan dengan lancar dan dalam suasana kemesraan antara calon,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selesai proses penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut di Dewan Serbaguna Benut di sini, hari ini.

Sementara itu, Hasni yang juga Ketua Penyelaras Pilihan Raya BN bagi PRN Johor berkata, beliau menyambut baik saingan dari lawan parti politik yang pelbagai.

“Saya percaya tidak ada parti yang mahu menyekat kemenangan siapa pun dan akan bertanding secara sihat.

“Saya juga percaya prosedur standard operasi (SOP) PRN Johor adil kerana beri peluang dan ruang kepada semua calon bertemu pengundi dan berkempen,” katanya.

Sementara itu, Isa yang juga calon PN berkata, pertandingan empat penjuru di DUN Benut akan memberi saingan sengit kepada setiap calon dan parti yang bertanding, sekali gus mampu memecahkan dominasi Benut sebagai kubu kuat Umno.

Menurutnya, persiapan rapi perlu dilakukan membabitkan jentera pilihan raya di setiap pusat daerah mengundi (PDM) supaya gerak kerja yang lebih berkesan dapat dilaksanakan dalam keadaan norma baharu ketika ini.

“Kali pertama bertanding di DUN Benut, saya sudah berdepan dengan saingan empat penjuru. Saya melihat persaingan empat penjuru ini sebagai satu bentuk demokrasi.

“Sebagai anak tempatan dan pernah berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Benut, saya lebih memahami hasrat warga tempatan di sini yang rata-ratanya adalah masyarakat luar bandar dan terbabit dalam aktiviti pertanian serta perikanan,” katanya.

Dalam pada itu, calon PKR Haniff@Ghazali berkata, beliau tidak gentar bersaing di DUN Benut walaupun terpaksa berhadapan penyandang Menteri Besar.

“Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, saya bersaing dengan Datuk Seri Ahmad Maslan di Parlimen Pontian, namun tewas kepadanya.

“Namun kali ini, saya dan parti akan menyusun strategi dan gerak kerja lebih teratur dalam memenangi hati pengundi,” katanya.

Calon Pejuang Iskandar Noor pula berkata, beliau turut menyambut baik saingan empat penjuru di Benut dan berharap semua calon bertanding dengan berhemah.

“Saya akan fokus kepada pembangunan dalam bidang pertanian dan kelangsungan hidup pengundi,” katanya.

-Harian Metro

Tags: PRN JohorSaingan 7 Penjuru
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muralitharan Seru Masyarakat India Negeri Sembilan Beri ‘Pengajaran’ Kepada Anwar

Muralitharan Seru Masyarakat India Negeri Sembilan Beri ‘Pengajaran’ Kepada Anwar

28/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemimpin masyarakat India, Muralitharan Ramachandran menyeru masyarakat India di Negeri Sembilan melakukan perkara yang sama seperti di...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd