• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

COVID-19: Hospital Sungai Buloh Bakal Ditukar Semula Kepada Status Hibrid – Khairy

oleh Mohd Arshad
25/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Hospital Sungai Buloh (HSB) dijangka bertukar kepada status hibrid dalam tempoh tiga hingga empat minggu akan datang.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan tersebut akan dibuat berdasarkan perkembangan dan pemantauan terhadap penularan jangkitan COVID-19 dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Jelasnya lagi, usaha tersebut dilaksanakan bagi membolehkan hospital itu merawat kes-kes selain COVID-19 yang tertangguh sebelum ini.

“Kita harus melihat kepada kemasukkan hospital kes-kes COVID-19 terdahulu dan buat masa ini meskipun kes-kes kemasukkan meningkat namun majoriti kepada kes berkenaan tidak memerlukan rawatan ICU, hanya ‘step-down care’, dan rawatan.

“Jika kita lihat ini berterusan dalam tempoh tiga hingga empat minggu akan datang, kita boleh tukar semula status Hospital Sungai Buloh (daripada hospital COVID-19 sepenuhnya) kepada hibrid,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Kompleks Magnetic Resonance Imaging (MRI) dan Projek Naik Taraf Bekalan Gas Perubatan Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) di HSB pada Jumaat.

Turut hadir, Ketua Pengarah Pesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah; Pengarah Bahagian Kejuruteraan KKM, Tauran Zaidi Ahmad Zaidi dan Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Kuldip Prem Singh.

Untuk rekod, HSB ditukar status daripada hibrid kepada hospital penuh COVID-19 sejak pandemik bermula.

Sementara itu, Khairy berkata projek MRI yang dirasmikan itu menelan belanja RM7.5 juta melibatkan naik taraf peralatan dan sistem terkini bagi menggantikan peralatan lama yang telah berusia 17 tahun.

Katanya, bagi projek naik taraf di lapan wad PKKN itu juga dapat membantu menampung pesakit COVID-19 yang memerlukan rawatan oksigen pada masa ini.

Awani-

Tags: Covid-19hospital hibridhospital sungai buloh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd