• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: Pas Puas Hati Dapat 15 Kerusi

oleh Mohd Arshad
25/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING: Pas berpuas hati dapat bertanding 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, Pas amat berpuas hati dengan pengagihan kerusi dalam Perikatan Nasional (PN) dan bilangan kerusi yang diperoleh Pas.

“Kita puas hati apabila mendapat tahu Pas diberi 15 kerusi untuk kita bertanding di PRN Johor. Cukuplah tu, kena bagi orang lain juga,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di sini hari ini.

Menurut Idris, jentera Pas dari seluruh negara telah digerakkan untuk membantu calon-calon Pas yang bertanding serta calon rakan komponen dalam PN.

“Kita akan buat kerja bersungguh-sungguh dalam PRN Johor dengan jentera yang kita ada ini agar calon yang diketengahkan dari Pas dapat menyumbangkan kemenangan kepada PN. Sebagai satu pasukan, kita akan buat kerja habis-habisan bagi memastikan kemenangan di Johor,” katanya.

Semalam, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan senarai calon yang akan ditandingi PN pada PRN Johor dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 33 calon, Pas 15 dan Gerakan lapan kerusi.

UtusanOnline-

Tags: DUNPASPRN Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Berkuasa Jika Parti Melayu Memilih Terus Berpecah – Annuar

DAP Berkuasa Jika Parti Melayu Memilih Terus Berpecah – Annuar

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyeru UMNO kembali menjalin kerjasama politik bersama PAS dan...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd