• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO, PAS Bentuk Kerajaan Perpaduan Rabu Ini – Kit Siang

oleh Ahmad Albab
18/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa pembentukan kerajaan perpaduan diantara PAS dan UMNO akan menjadi kenyataan dalam tempoh empat hari lagi.

Dakwa beliau, ia berikutan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) pada sidang DUN Kelantan pada Rabu akan menyokong pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (undang-undang hudud).

“MCA dan Gerakan juga berharap komplot itu berjaya supaya pakatan rakyat musnah. Ini adalah senario politik yang rakyat Malaysia akan hadapi dalam beberapa hari lagi,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini dilaporkan berharap ADUN BN akan menyokong pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II pada Rabu ini.

Ahmad Yakob dipetik berkata, sokongan ADUN BN amat diperlukan oleh PAS bagi memastikan kelancaran perjalanan untuk melaksanakan undang-undang tersebut.

Kata beliau, perjuangan pelaksanaan hukum tersebut perlu diteruskan dan ia merupakan harapan seluruh rakyat Kelantan yang mahukan kadar jenayah dapat dikurangkan dengan terlaksananya hukum Islam.

Kit Siang dalam pada itu mendakwa pihak dalam PAS yang mahukan kerajaan perpaduan berjaya melaksanakan rancangan itu berikutan kematian Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Februari lalu.

“Kematian Nik Abdul Aziz adalah peluang terbaik untuk pembentukan kerajaan perpaduan,” katanya.

DAP sebelum ini memberi amaran PAS tidak lagi akan dilihat sebagai sebahagian daripada pakatan rakyat jika parti itu meneruskan pembentangan rang undang-undang hudud di DUN Kelantan. – mynewshub.cc

Tags: Lim Kit SiangPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd