• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ukraine Putuskan Hubungan Diplomatik Dengan Rusia

oleh Mohd Arshad
24/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KIEV: Ukraine akan mengakhiri semua hubungan diplomatik dengan Rusia selepas Presiden Vladimir Putin meluluskan operasi penuh tentera memasuki Ukraine dari darat, udara dan laut.

Media antarabangsa melaporkan, Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengumumkan bahawa negaranya mengambil tindakan memutuskan hubungan diplomatik dengan Moscow sebagai tindak balas terhadap pencerobohan Rusia ke dalam sempadannya.

Perkembangan itu memberi tanda jelas ‘sebuah hubungan yang terputus’ sejak Rusia dan Ukraine masing-masing meraih kemerdekaan selepas keruntuhan Kesatuan Soviet pada 1991.

“Kami memutuskan hubungan diplomatik dengan Rusia. Ukraine kini bertahan dan tidak akan mengorbankan kebebasannya, walau apapun yang difikirkan Moscow.

“Rusia secara bermatian-matian dan tanpa bermoral menyerang negara kita pada pagi ini. Sama seperti Jerman lakukan pada Perang Dunia Kedua,” ujar Zelenskyy dalam satu siaran rakaman video.

Ukraine dan Rusia selama ini mempertahankan ‘hubungan’ dalam satu naratif yang rumit, termasuk pernah melalui tempoh dua revolusi pro-Barat di Kiev pada 2004 dan 2014, yang dibantah keras Kremlin.

Keputusan yang dibuat Zelenskyy itu hadir beberapa jam selepas Putin melancarkan serangan yang merangkumi serangan udara dan darat, di sepanjang sempadan utara dan selatan Ukraine.

Awani-

Tags: diplomatikRusiaUkraine
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd