• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah Perlu Lipat Ganda Usaha Capai Status SKK – Yap

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Semua sekolah khususnya di luar bandar perlu melipatgandakan usaha untuk meningkatkan pencapaian sekolah dari semasa ke semasa, sekiranya ingin mencapai status Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK), kata Timbalan Menteri Pendidikan Mary Yap Kain Ching.

Beliau berkata, pelbagai inisiatif boleh dilakukan oleh pengetua, guru besar dan guru-guru untuk mempertingkatkan pencapaian sekolah masing-masing, termasuk sentiasa menitikberatkan tentang situasi dan perkembangan amalan kebersihan, kesihatan dan keselamatan (3K).

“Aspek 3K itu sangat penting kerana ia dapat memastikan murid dapat belajar dalam suasana yang lebih kondusif dan selesa. Suasana yang kondusif itu dapat merangsang pengajaran dan pembelajaran, sekali gus dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan sekolah,” katanya ketika melawat tapak dewan terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Andrassy, di sini Sabtu.

Ditanya mengenai pembinaan dewan terbuka SK Andrassy itu, Yap berkata pihaknya telah menerima surat permohonan dan sedang dalam perbincangan dengan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) mengenai peruntukan pembinaan dewan berkenaan.

“Saya berharap dewan itu dapat dibina secepat mungkin untuk manfaat 25 guru dan 183 pelajar di sekolah ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan sentiasa turun padang melawat semua sekolah, terutamanya sekolah yang memerlukan bantuan.

“Kami akan meninjau apa bantuan yang perlu disalurkan. Kementerian sentiasa mengambil berat mengenai perkara itu supaya setiap guru dan pelajar dapat memberi tumpuan sepenuh masa kepada kecemerlangan pendidikan,” katanya. – BERNAMA

Tags: PendidikanSekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Bayaran Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bantu Ringankan Beban Rakyat

Bayaran Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bantu Ringankan Beban Rakyat

08/08/2026
0

NIBONG TEBAL - Kerajaan mengambil langkah bijak dan pendekatan di luar kotak bagi mengurangkan beban golongan ibu bapa dengan menyediakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd