• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gelaran Premier: Sarawak Ada Hak Pinda Perlembagaan Negeri – Prof Shamrahayu

oleh Mohd Arshad
21/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA: Sarawak mempunyai hak untuk meminda perlembagaannya termasuklah menukar gelaran Ketua Menteri kepada Premier, kata pakar perlembagaan Prof Datuk Shamrahayu Ab Aziz.

Penyandang Kursi Institusi Raja-raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu berkata pada masa sama pindaan terhadap perlembagaan terbabit perlu selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Apabila saya melihat draf rang undang-undang itu, didapati draf rang undang-undang itu juga menyatakan bahawa ketika mana dijumpai perkataan Ketua Menteri dalam mana-mana undang-undang itu, ia hendaklah dibaca dengan perkataan Premier.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Wacana Ilmu 20 Feb 1956: Mengorak Langkah Menuju Merdeka di Auditorium Panggung Sari, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN) Melaka di sini hari ini.

Majlis yang dirasmikan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Datuk Khaidhirah Abu Zahar itu turut dihadiri Ketua Pengarah Arkib Negara Jaafar Sidek Abdul Rahman.

Pada 15 Feb, DUN Sarawak meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 yang mengandungi klausa untuk menukar gelaran jawatan ‘Ketua Menteri’ kepada ‘Premier’ dengan majoriti lebih dua pertiga ahli dewan menyokongnya.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang membentangkan rang undang-undang itu berkata pindaan gelaran jawatan Ketua Menteri kepada ‘Premier’ itu hanya akan berkuat kuasa selepas diwartakan.

Bernama-

Tags: gelaran premierketua menterisarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

09/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga...

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

23/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan dari mana datangnya asap tebal yang menyebabkan sebahagian besar Sarawak diselubungi jerebu sejak beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd