• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Samseng Dalam UMNO Perlu Dihapuskan – Najib

oleh Ahmad Albab
15/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Datuk Seri Najib Razak mahu golongan yang digambarkan sebagai ‘jemuan’, dalam loghat utara membawa maksud samseng atau individu tidak berapa elok perangainya, dihapuskan dalam UMNO.

Saranan itu disuarakan Presiden UMNO itu di hadapan 1,200 perwakilan Konvensyen UMNO Kedah 2014 yang berlangsung di TH Hotel & Convention Centre, di sini, mengambil kira sikap jemuan yang dianggap berisiko menjejaskan peluang parti dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Jemuan ini perangainya lebih teruk dari tukang kipas… dia dok keliling dan mengadu domba.. perselisihan faham hak kecil pun dia dok perbesar sehingga menggugat kesepakatan kita.

“Saya percaya kalau tak ada jemuan-jemuan ini, pasti UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan menang semula di negeri ini (dalam PRU-14),” katanya.

Terdahulu, beliau turut meminta supaya jemuan yang merosakkan parti ini dicari dan ketika bertanya sama ada jemuan wujud dalam UMNO Kedah, para perwakilan beramai-ramai menyahut ‘ada’.

Sementara itu, Najib ketika berucap menggesa UMNO Kedah tidak terlalu bersikap selesa dengan kemenangan dicapai dalam PRU-13 lalu, kerana kemenangan dicapai di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) rata-ratanya masih kecil majoritinya.

Justeru, beliau menggesa UMNO Kedah meneliti kepada faktor penolak dan penarik dalam menganalisis keputusan PRU-13 lalu sebagai panduan untuk memastikan bukan saja kemenangan parti dalam PRU-14 dikekalkan, tetapi dapat dipertingkatkan jumlah majoritinya.

Dalam PRU-13 lalu, BN Kedah menang di 10 daripada 15 kerusi Parlimen, manakala di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, BN menang 21 daripada 36 kerusi.

Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, ketika berucap menggesa semua perwakilan mengutamakan aspek kesepakatan yang menjadi teras utama kepada kejayaan parti mengambil alih semula pentadbiran negeri daripada PAS Kedah dalam PRU-13 lalu. – BH Online

Tags: Najib Tun RazakUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd